Masaalah Kencing Kotor
Saya ingin berkongsi pengalaman mengenai masaalah kencing kotor dengan para pembaca semua. Saya pernah didatangi masaalah ini sebanyak tiga kali. Yang pertama pada tahun 2005 yang lalu dan yang terakhir pada bulan September lepas.
Saya menyedari masaalah ini apabila:
1. Terasa ingin membuang iar kecil yang kerap.
2. Masa membuang air kecil, ianya tidak lancar dan keluar sedikit sahaja.
3. Rasa tidak puas untuk buang air kecil dan terpaksa berulang kali ke tandas.
4. Terasa sakit perit di saluran kencing semasa dan selepas buang air.
5. Dalam jangka masa lama, terasa sakit di bahagian ari-ari.
6. Apabila urin telah memenuhi pundi-pundi kencing, sakit terasa dibahagian buah pinggang.
Pada kes pertama dan kedua, saya mendapatkan rawatan di klinik yang berbetulan di sebelah rumah saya.

Ujian mendapati terdapat kotoran dan darah dalam urin saya. Doktor memberi anti-biotik, penahan sakit dan pelawas kencing. Setelah mengambil ketiga-tiga ubat tersebut, proses membuang air kecil menjadi selesa seperti biasa.
Bagaimana pun saya dapat mengesan rasa kurang selesa di bahagian pinggang bila saya terpaksa menahan kencing seperti masa memandu di lebuhraya yang terpaksa menunggu hingga sampai ke R & R. Dan akhirnya pada bulan September 2009 lepas saya menghadapi masaalah ini ekali lagi.

Saya terus berjumpa doktor yang juga jiran saya. Beliau juga hairan bagaimana saya selalu sangat mendapat gejala ini (kekerapan kena gejala ini sebanyak tiga kali dalam masa empat tahun dianggap sebagai agak luar biasa oleh beliau). Saya pula cuba mengaitkan gejala kencing kotor ini dengan sakit batu karang yang pernah saya alami pada tahun 1992 yang lalu. Tetapi doktor tidak bersetuju.
Pada kes kali ini doktor meminta spesimen urin saya untuk dihantar ke makmal bagi dibuat anilisis yang lebih detail. Hasil cerakinan makmal tersebut mendapati urin saya mengandungi bakteria Escherichia coli atau biasa disebut bakteria E-coli. Sebab itulah berlaku pendarahan dalam urine.
Hasil analisis itu juga saya dikenalpasti 'resistant' kepada anti-biotik tertentu dan sesuai kepada anti-biotik yang tertentu pula. Keputusan analisis ini membolehkan doktor memberikan anti-biotik yang benar-benar sesuai dengan badan saya.
Selepas mengambil anti-biotik yang diberikan oleh doktor berpandukan keputusan ujian makmal itu, saya sembuh sepenuhnya dan terasa di bahagian pinggang tidak lagi sakit atau rasa bengkak walau pun terpaksa menahan kencing agak lama sementara dapat sampai ke tandas.
Daripada pengalaman saya ini, ingin saya sarankan kepada pembaca semua yang mengalami gejala yang sama dengan saya, mintalah doktor anda menghantar urine anda untuk dianalisis dimakmal bagi mengetahui dengan detail apa yang terdapat dalam urin anda yang menyebabkan berlakunya gejala kencing kotor. Dalam ujian biasa yang dijalankan di klinik, doktor hanya menggunakan kertas seperti kertas litmas yang akan menunjukkan indikasi jika urine anda ada mengandungi darah tetapi ujian ini tidak akan memberi keputusan apa yang terkandung dalam urin anda.
Kos ujian makmal swasta yang dikenakan ke atas saya ialah RM45.00 manakala kos yang dikenakan oleh klinik bergantung kepada kadar yang ditetapkan.
Punca jangkitan bakteria E-coli ini datang daripada beberapa sebab umpamanya:
1. Proses membersih selepas buang air besar - amakan bersihkan kemaluan lebih dahulu sebelum membersihkan anus. Ini bertujuan mengelakkan bahagian kemaluan terkena sisa-sia najis yang mungkin ada bakteria.
2. Makanan yang tidak bersih juga menjadi tempat pembiakan E-coli. Pastikanlah makanan dan minuman yang diambil adalah bersih.
Gejala kencing kotor ini boleh menyerang lelaki atau wanita. Namun biasanya ia lebih kerap dihidapi oleh wanita kerana saluran kencing dan anusnya lebih dekat yang mana kebarangkalian tangan menyentuh kedua-dua saluran ini semasa membersih najis lebih tinggi.
Diharap info ini dapat memberi manafaat kepada anda semua.

Elak keracunan ubat-ubatan
Oleh Haslina Hashim
Pusat Racun Negara
Keracunan boleh berlaku di mana-mana atau pada bila-bila masa. Kanak-kanak merupakan golongan yang sering terdedah kepada keracunan sama ada di rumah mahu pun di luar rumah.
Di Pusat Racun Negara, laporan menunjukkan lebih 26% daripada kes-kes keracunan yang dirujuk dari tahun 1995 sehingga Jun 2001 adalah melibatkan kanak-kanak. Kebanyakan daripada kes-kes tersebut juga didapati melibatkan golongan yang berusia antara satu hingga enam tahun. Golongan ini biasanya suka mencuba sesuatu yang baru dan menarik tanpa mengetahui bahayanya hal ini kepada mereka.
Apakah keracunan ubat-ubatan?
Hampir setiap rumah mempunyai atau menyimpan ubat sama ada dalam bentuk ubat biji atau cecair yang boleh dimakan, atau bentuk yang tidak boleh dimakan seperti ubat sedut, supositori, krim, salap, losyen dan ubat titis. Setiap ubat adalah racun sekiranya tidak digunakan mengikut peraturan yang disarankan. Oleh itu, setiap arahan penggunaan pada label atau yang diberitahu oleh doktor dan petugas di kaunter farmasi mestilah difahami dan dipatuhi untuk mengelakkan risiko keracunan. Selain itu, keracunan juga boleh berlaku akibat kelalaian ibu bapa atau penjaga dalam mengambil langkah-langkah tertentu memastikan semua ubat-ubatan dalam rumah sentiasa dijauhkan daripada kanak-kanak.
Apakah ubat-ubatan yang sering menyebabkan keracunan kepada kanak-kanak?
Terdapat banyak jenis ubat-ubatan yang sering diberikan kepada kanak-kanak untuk merawat pelbagai penyakit. Ubat-ubatan ini mungkin diperoleh melalui preskripsi doktor atau dibeli dari farmasi atau kedai-kedai lain. Antara ubat-ubatan yang sering diberikan kepada kanak-kanak ialah ubat demam, ubat selesema dan batuk, zat besi dan pelbagai jenis ubat-ubatan untuk kegunaan luar. Terdapat juga ubat-ubatan untuk orang dewasa yang dimakan oleh kanak-kanak secara tidak sengaja kerana menyangka ubat tersebut adalah makanan kegemaran mereka seperti gula-gula atau coklat.
Antara contoh ubat-ubatan yang sering diberikan kepada kanak-kanak dan biasanya terdapat di kebanyakan rumah ialah:
Ubat demam
Ubat demam adalah sinonim dengan parasetamol malah ia adalah ubat yang paling kerap digunakan untuk kanak-kanak. Selain demam, juga digunakan untuk meredakan atau menghilangkan kesakitan. Mudah dibeli di kedai-kedai tanpa memerlukan preskripsi doktor serta terdapat dalam pelbagai bentuk formulasi seperti ubat kunyah, cecair dan supositori.
Kebanyakan ibu bapa sering menganggap parasetamol adalah 'sangat selamat'. Tetapi kajian-kajian menunjukkan banyak kes keracunan berlaku kerana sebahagian ibu bapa atau penjaga memberikan dos-dos parasetamol yang tidak betul kepada kanak-kanak. Kesilapan yang paling ketara ialah memberi dos dewasa dalam bentuk ubat biji yang tidak sesuai untuk usia kanak-kanak tersebut. Dalam kes-kes lain pula, keracunan terjadi kerana kesilapan mengira dos yang betul serta kesalahan menyukat dos ubat cecair.
Paracetamol untuk kanak-kanak biasanya didapati dalam warna yang menarik serta mempunyai rasa yang enak. Oleh itu, kanak-kanak cenderung untuk memakannya sendiri sekiranya diletakkan di tempat yang mudah dijumpai oleh mereka. Lebihan dos parasetamol yang dimakan oleh kanak-kanak berkemungkinan menyebabkan kerosakan hati yang jika tidak menerima rawatan segara dan boleh membawa maut.
Ubat selesema dan ubat batuk
Ubat untuk rawatan selesema dan batuk biasanya mengandungi antihistamin di samping bahan-bahan lain. Contoh antihistamin konvensional adalah seperti klorfeniramin, prometazin, trimeprazin, defehidramin, triprolidin dan lain-lain lagi. Pada dos-dos yang selamat, antihistamin konvensional boleh menyebabkan rasa mengantuk akan tetapi jika dos berlebihan kanak-kanak akan mengalami tanda-tanda rangsangan sistem saraf pusat seperti pembesaran anak mata, muka merah, mulut kering, demam, dan ataksia (pergerakan otot yang tidak seragam). Selain itu, keracunan juga menyebabkan sawan, tekanan darah meningkat serta perubahan pada fungsi jantung. Sekiranya tidak diberi rawatan segera, maut mungkin menyusul.
Selain antihistamin konvensional, antihistamin generasi kedua seperti yang tidak menyebabkan rasa mengantuk banyak digunakan masa kini. Lebihan dos boleh menyebabkan kesan toksik kepada jantung dan sawan.
Di samping itu, bahan lain yang terkandung dalam ubat selesema dan ubat batuk ialah pseudoephedrine, dan jika diambil dalam dos berlebihan boleh menyebabkan tekanan darah meningkat, sakit kepala, halusinasi penglihatan (visual hallucination), kekeliruan, koma, kekurangan bekalan oksigen kepada otot jantung dan lain-lain kesan toksik pada jantung.
Zat besi (Iron)
Keracunan zat besi merupakan punca utama kematian kanak-kanak di bawah enam tahun yang dilaporkan berlaku dari tahun 1988 sehingga tahun 1992 di Amerika Syarikat. Zat besi biasanya didapati dalam banyak sediaan ubat vitamin kanak-kanak dan ibu hamil. Zat besi merupakan zat yang penting untuk mencegah anemia atau keadaan kurang darah yang disebabkan oleh kekurangan zat besi.
Kanak-kanak yang mengalami lebihan zat besi akan mengalami kesan keracunan segera dan kesan keracunan jangka panjang. Kesan segera biasanya berlaku beberapa minit atau beberapa jam selepas mereka menelan ubat tersebut. Antaranya ialah rasa loya, muntah, cirit-birit dan pendarahan perut-usus, yang boleh mengakibatkan kejutan, koma dan maut.
Dalam beberapa kes keracunan, kanak-kanak berkenaan kelihatan sembuh seperti sedia kala, akan tetapi pendarahan perut-usus yang teruk, keletihan berlebihan, kegagalan jantung dan koma boleh berlaku antara 12 jam sehingga dua hari kemudiannya. Walaupun kanak-kanak tersebut selamat, mereka mungkin mengalami masalah-masalah lain seperti saluran perut-usus tersumbat dan kerosakan hati yang teruk dalam tempoh tiga hingga enam minggu selepas tarikh keracunan. Oleh itu, sekiranya anak anda tertelan lebihan ubat yang mengandungi zat besi, bawa dia ke hospital segera walaupun tiada kesan segera keracunan diperhatikan. Kadangkala tanda-tanda yang teruk tidak terjadi dalam tempoh yang singkat dan rawatan yang lambat diberi mungkin tidak lagi berkesan.
Bagaimana mencegah keracunan?
Keracunan pada kanak-kanak adalah sesuatu yang boleh dicegah. Usaha-usaha yang gigih untuk mengelakkan keracunan perlu mengambil kira peringkat umur kanak-kanak tersebut.
Kanak-kanak berusia satu hingga tiga tahun merupakan golongan yang paling berisiko untuk mengalami keracunan kerana mereka cenderung untuk memasukkan apa sahaja ke dalam mulut mereka. Kanak-kanak pada peringkat umur ini baru belajar merangkak dan berjalan dan terdedah kepada pelbagai barangan di dalam rumah. Langkah-langkah pencegahan keracunan di rumah paling baik dimulakan ketika kanak-kanak berusia enam bulan atau sebelum kanak-kanak tersebut menyusur dan merangkak.
Kanak-kanak berusia tiga hingga lima tahun biasanya akan memakan sebarang ubat atau pil yang mereka temui. Kumpulan ini bersifat ingin mencuba dan mereka juga gemar meniru gelagat orang dewasa. Apabila usia mereka meningkat, usaha-usaha pencegahan akan lebih cenderung daripada melindungi kepada mendidik. Pada peringkat ini, ibu bapa hendaklah memberitahu anak-anak tentang bahaya keracunan ubat-ubatan.
Apakah keracunan tanpa disedari dan keracunan tidak sengaja?
Keracunan ubat-ubatan pada kanak-kanak boleh berlaku secara tidak disedari atau tidak sengaja. Keracunan tanpa disedari biasanya terjadi kerana salah anggapan ibu bapa atau penjaga terhadap ubat. Kebanyakan kita menganggap bahawa ubat adalah 'sangat selamat' dan mengambil sikap sambil lewa semasa memberikan ubat tersebut kepada anak. Untuk mencegah, beberapa perkara berikut adalah disarankan:
Pastikan anda memahami betul-betul arahan yang tercatat pada label ubat contohnya dos atau sukatan ubat yang betul, masa penggunaan dan cara penggunaan ubat yang tepat. Selain itu, arahan tambahan yang diberikan oleh petugas di kaunter farmasi juga perlu difahami dengan baik.
Sukatan ubat cecair mesti tepat dan menggunakan penyukat yang betul.
Elakkan memberi formulasi ubat untuk orang dewasa kepada kanak-kanak.
Goncang botol ubat cecair dahulu sebelum menyukat untuk memastikan kandungannya dicampurkan dengan baik.
Buang semua ubat-ubatan yang telah luput atau rosak seperti:
i. Ubat yang telah berubah warna, bau atau rasa.
ii. Ubat yang telah tamat tarikh luput atau melebihi dua tahun dalam simpanan anda
iii. Krim atau salap yang telah berubah warna serta pecah.
iv. Ubat cecair antibiotik lebihan yang tidak habis dimakan.
v. ubat tits mata yang tidak habis dipakai.
Elakkan mengambil ubat yang telah dipreskribkan kepada orang lain walaupun anda mempunyai tanda-tanda sakit yang serupa.
Keracunan tidak sengaja biasanya terjadi kerana kealpaan kita dalam memastikan ubat-ubatan itu disimpan dengan cara dan di tempat yang selamat. Berikut adalah berapa garis panduan keselamatan yang boleh dipraktikkan.
Semua ubat hendaklah disimpan di tempat yang tinggi jauh daripada di lihat dan dicapai oleh kanak-kanak. Kabinet berkunci adalah tempat paling selamat.
Jangan tinggal ubat dimerata-rata tempat seperti di atas meja atau katil walaupun hanya untuk seketika sahaja kerana kelalaian kita akan mengundang bahaya.
Elakkan daripada memindahkan ubat bekas asal ubat ke bekas lain yang serupa dengan bekas menyimpan makanan. Selain itu, boleh menyebabkan ubat tersebut sukar dikenali dengan segera sekiranya berlaku keracunan, cara ini juga akan mengelirukan kanak-kanak.
Tutup bekas ubat dengan kemas. Sekiranya ada, guna penutup yang sukar dibuka oleh kanak-kanak (child-resistant cap).
Elakkan meletak atau menyimpan bekas ubat berhampiran dengan bekas makanan kerana ini mungkin mengelirukan kanak-kanak.
Buangkan semua ubat-ubatan yang luput atau tidak diperlukan lagi ke dalam tandas.
Didik anak-anak tentang bahaya ubat. Elakkan daripada memujuk anak makan ubat dengan mengatakan ubat itu gula-gula.
Baca label ubat beberapa kali dengan teliti sebelum memberikan ubat kepada anak terutama pada waktu tengah malam.
Jika anda menyimpan ubat di dalam tas tangan anda, simpan hanya untuk kegunaan sehari sahaja. Jauhkan tas tangan tersebut daripada kanak-kanak.
Simpan nombor telefon Unit Kecemasan hospital yang berdekatan atau Pusat Racun Negara. Pastikan nombor ini mudah di lihat apabila diperlukan segera. Beri juga nombor telefon ini kepada penjaga kanak-kanak tersebut.
Apakah tanda-tanda yang boleh membantu anda mengesyaki keracunan telah berlaku kepada seseorang kanak-kanak?
Tanda-tanda berikut boleh dijalankan panduan:
Kanak-kanak tersebut pernah mengalami keracunan sebelum itu.
Kanak-kanak tersebut berusia antara satu hingga enam tahun kerana kumpulan ini biasanya menunjukkan tanda-tanda sawan tanpa mengalami demam, atau tidak sedar diri tanpa sebab-sebab yang nyata.
Kanak-kanak itu jatuh sakit secara mengejut lebih-lebih lagi sekiranya dia menunjukkna tanda-tanda sawan tanpa mengalami demam, atau tidak sedar diri tanpa sebab-sebab yang nyata.
Kanak-kanak tersebut muntah tiba-tiba tanpa sebab.
Kesakitan yang dialami melibatkan beberapa bahagian badan tanpa sebab yang pasti.
Nafas kanak-kanak tersebut berbau aneh atau terdapat kesan-kesan kekotoran, luka atau pecah-pecah disekitar kawasan mulut dan bibir mulut.
Apakah yang perlu anda lakukan apabila berlaku keracunan?
Sebahagian tanda-tanda keracunan berlaku dengan segera. Antaranya ialah rasa mengantuk, keletihan, pening, loya, muntah, sakit perut, susah bernafas, kegelisahan, dan hiperaktiviti.
Sekiranya anda mengesyaki anak anda termakan ubat-ubatan berlebihan, tenangkan fikiran dan jangan panik.
Cari bekas ubat berkenaan untuk memudahkan ubat dikenal pasti daripada label yang tertulis.
Telefon doktor anda atau Pusat Racun Negara di 04-6570099 atau talian kecemasan 911 dengan segera.
Jangan beri makan atau minum sesuatu sebelum mendapatkan nasihat atau arahan dari doktor anda atau Pusat Racun Negara.
Sebelum menelefon, pastikan anda bersedia dengan maklumat-maklumat berikut:
Berat badan, umur dan sebarang penyakit yang dihadapi oleh anak anda.
Nama ubat berkenaan yang boleh dibaca dari label bekas ubat.
Jumlah ubat yang diambil oleh anak anda
Masa ubat ditelan
Tanda-tanda yang dialami
Bantuan kecemasan yang telah diberikan.
Maklumat-maklumat ini penting untuk membantu mengenal pasti jenis racun yang terlibat, risiko yang bakal dihadapi oleh kanak-kanak tersebut serta mempengaruhi kaedah perawatan yang akan dicadangkan.
Melindungi kanak-kanak daripada terdedah kepada keracunan ubat-ubatan, dan lain-lain bahan beracun di rumah merupakan satu tanggungjawap yang penting bagi ibu bapa dan penjaga.
Panduan mengelakkan keracunan perlu diberi perhatian serius dan dipraktikkan supaya kanak-kanak yang masih mentah sentiasa berada dalam persekitaran yang selamat untuk mereka membesar dan berkembang dengan baik. Setelah semua usaha pencegahan dan langkah keselamatan dilaksanakan, pastikan juga anda mengetahui bagaimana, siapa, dan di mana boleh hubungi untuk memdapatkan bantuan sekiranya berlaku kes keracunan.

Bagaimanakah kesan ubat-ubatan di atas kehamilan
Ubat-ubat tertentu boleh memberi kesan buruk keatas janin pada bila-bila masa semasa mengandung. Sekiranya anda mengandung, ataupun merancang untuk hamil, anda haruslah mengurangkan penggunaan ubat-ubatan dan juga sebarang ramuan herba yang boleh di beli di farmasi. Sesetengah ubat adalah selamat digunakan (contohnya penisillin). Terdapat juga ubat-ubatan yang tidak selamat digunakan (contohnya talidomida). Adalah sangat mustahak anda mendapatkan nasihat daripada anggota profesional perubatan sebelum pengambilan sebarang ubat-ubatan.
sumber: www.myhealth.gov.my
Apakah langkah pengawasan yang perlu anda ambil?
- Berbincanglah dengan doktor ataupun ahli farmasi sebelum mengambil sebarang ubat-ubatan.
- Sekiranya anda makan ubat secara tetap (contohnya untuk rawatan sawan), adalah penting bagi anda untuk berbincang dengan doktor terlebih dahulu sebelum hamil.
- Sekiranya anda hamil tanpa dirancang, berbincanglah dengan doktor anda seawal mungkin mengenai ubat-ubatan yang sedang anda ambil.
Apakah ubat-ubatan yang biasa diberikan semasa kehamilan?
| Masalah | Jenis ubat-ubatan |
| Melegakan kesakitan,sakit kepala, sakit belakang atau demam |
|
| Sembelit |
(Tingkatkan pengambilan serat dan cairan sebanyak mungkin). |
| Buasir / urat timbul (pengembangan pembuluh verikosa) |
|
| Batuk dan selesema |
|
| Melegakan Alahan |
(Elakkan penggunaan semburan dekongestan kerana pegunaan berterusan akan merosakkan saluran dalaman hidung. |
| Ketidakhadaman, kembong perut, ketidakselesaan perut |
|
sumber: www.myhealth.gov.my
Air Tebu mampu meredakan kerengsaan sendi akibat demam Cikugunya
Salam sejahtera kepada pengunjung semua.
Sepertimana dimaklumkan oleh doktor bahawa
salah satu kesan daripada mengidap demam cikugunya ialah pesakit akan mengalami kesakitan dibahagian sendi untuk jangka masa yang berbulan-bulan lamanya.
Daripada maklumat yang saya perolehi daripada bekas pesakit cikugunya ini, memang benar apa yang dinyatakan oleh doktor. Bagaimana pun tempat atau bahagian sendi yang mengalami kesan kesakitan selepas sembuh daripada demam adalah tidak sama antara satu orang dengan orang yang lain.
Ada yang mengalami kesakitan dibahagian sendi jari kaki, ada yang sakit bahagian sendi buku lali, lengan, bahu atau jari tangan.
Saya sendiri mengidap demam ini pada pertengahan Januari 2009 yang lalu. Selepas sembuh daripada demam, saya mengalami kesakitan sendi bahu di kedua-dua belah kiri dan kanan. Apabila tangan di halakan kebahagian belakang untuk menggaru belakang misalnya sudah tidak mampu kerana merasa sakit yang bersangatan. Bagaimana pun semasa melakukan kerja-kerja biasa, tidak menghadapi masaalah.
Bagi mengurangkan kesakitan ini saya mengambil ubat penahan sakit tetapi ia hanya mampu bertahan untuk tempuh selama lima hingga enam jam sahaja. Selepas itu kesakitan sendi bahu akan terasa semula.
Sebelum mengidap demam ini, sorang kenalan berbangsa Cina pernah memberitahu saya bahawa dengan meminum air tebu, pesakit demam denggi boleh pulih dengan cepat. Dalam bulan puasa ini air tebu mudah diperolehi. Jadi saya cuba meminum air tebu selepas berbuka puasa.
Saya meminum satu gelas lebih kurang setengah liter. Selepas setengah jam, saya cuba menghala kedua-dua tangan saya kebelakang. Saya dapat memegang tangan kiri dan kanan dengan kuat dan menaikkan ke atas hingga ke paras tulang belikat. Wah!!! sebelum ini saya akan terjerit-jerit kesakitan. Tetapi kali ini sudah boleh sungguh pun masih ada sedikit kesan sengal-sengal tetapi tidak sampai mengganggu.
Saya terus meminum air tebu dan setelah sepuluh hari, saya rasa sudah pulih sepenuhnya.
Terima kasih kepada kenalan saya dan juga air tebu!!!
Sepertimana dimaklumkan oleh doktor bahawa
salah satu kesan daripada mengidap demam cikugunya ialah pesakit akan mengalami kesakitan dibahagian sendi untuk jangka masa yang berbulan-bulan lamanya.Daripada maklumat yang saya perolehi daripada bekas pesakit cikugunya ini, memang benar apa yang dinyatakan oleh doktor. Bagaimana pun tempat atau bahagian sendi yang mengalami kesan kesakitan selepas sembuh daripada demam adalah tidak sama antara satu orang dengan orang yang lain.
Ada yang mengalami kesakitan dibahagian sendi jari kaki, ada yang sakit bahagian sendi buku lali, lengan, bahu atau jari tangan.
Saya sendiri mengidap demam ini pada pertengahan Januari 2009 yang lalu. Selepas sembuh daripada demam, saya mengalami kesakitan sendi bahu di kedua-dua belah kiri dan kanan. Apabila tangan di halakan kebahagian belakang untuk menggaru belakang misalnya sudah tidak mampu kerana merasa sakit yang bersangatan. Bagaimana pun semasa melakukan kerja-kerja biasa, tidak menghadapi masaalah.
Bagi mengurangkan kesakitan ini saya mengambil ubat penahan sakit tetapi ia hanya mampu bertahan untuk tempuh selama lima hingga enam jam sahaja. Selepas itu kesakitan sendi bahu akan terasa semula.
Sebelum mengidap demam ini, sorang kenalan berbangsa Cina pernah memberitahu saya bahawa dengan meminum air tebu, pesakit demam denggi boleh pulih dengan cepat. Dalam bulan puasa ini air tebu mudah diperolehi. Jadi saya cuba meminum air tebu selepas berbuka puasa.
Saya meminum satu gelas lebih kurang setengah liter. Selepas setengah jam, saya cuba menghala kedua-dua tangan saya kebelakang. Saya dapat memegang tangan kiri dan kanan dengan kuat dan menaikkan ke atas hingga ke paras tulang belikat. Wah!!! sebelum ini saya akan terjerit-jerit kesakitan. Tetapi kali ini sudah boleh sungguh pun masih ada sedikit kesan sengal-sengal tetapi tidak sampai mengganggu.
Saya terus meminum air tebu dan setelah sepuluh hari, saya rasa sudah pulih sepenuhnya.
Terima kasih kepada kenalan saya dan juga air tebu!!!
Pembedahan katarak: Apa yang patut anda ketahui
Oleh: DR. YEOH PHEE LIANG (Advance Vision Eye Specialist Centre)
email: Pl.yeoh@advancevision.net.my
BERIBU-RIBU rakyat Malaysia telah menjalani pembedahan katarak. Ia adalah satu prosedur yang ringkas dan biasa. Meskipun pembedahan ini membawa sedikit risiko, ia tidak mendatangkan masalah yang benar-benar membahayakan.
Namun demikian, masih terdapat perkara dan isu yang patut disedari dan diberikan pertimbangan sebelum anda menjalani pembedahan katarak.
Apakah yang dikatakan katarak?
Katarak berlaku apabila kanta mata menjadi kabur disebabkan oleh pengumpulan protein dalam kanta mata. Tahap keseriusannya boleh diklasifikasikan mengikut usia, peringkat, jenis dan puncanya.
Bagaimanakah pembedahan katarak dilakukan?
Kebanyakan pembedahan katarak dilakukan dalam dua cara:
1- Pembedahan lebihan kapsul. Insisi/torehan berukuran kira-kira 6mm dibuat di sekeliling kornea dan kanta kabur dikeluarkan daripada mata.
Kanta tiruan kemudiannya dimasukkan ke dalam beg kapsul (beg kapsul kekal dalam keadaan asal selepas pengumpulan protein dibuang). Luka kemudian ditutup dengan jahitan halus.
2- Fakomulsifikasi. Ini adalah kaedah yang digunakan untuk membuang katarak menerusi insisi tanpa jahitan.
Satu jarum titanium halus yang bergetar pada frekuensi ultrasound (kira-kira 40,000cps) digunakan untuk menanggalkan nukleus kanta, yang dikeluarkan menerusi jarum yang sama.
Kanta tiruan dimasukkan ke dalam beg kapsul tanpa memerlukan jahitan. Kanta yang digunakan adalah sebegitu lembut hinggakan ia boleh dilipat dan dimasukkan menerusi insisi halus.
Kanta itu kemudiannya dikembangkan hingga saiz penuh di dalam beg kapsul yang tersangat getas dan tidak terusik.
Pembedahan bentuk ini dinamakan pembedahan laser tetapi pada hakikatnya ia menggunakan tenaga ultrasound.
Fakomulsifikasi mempunyai beberapa kelebihan berbanding pembedahan lebihan kapsul.
Oleh kerana luka dalam pembedahan fakomulsifikasi adalah lebih kecil, pesakit akan pulih dengan lebih cepat. Lagipun, kemungkinan mendapat jangkitan adalah lebih rendah.
Jika dilakukan oleh pakar, pembedahan ini boleh disempurnakan dalam tempoh lebih kurang sepuluh minit manakala pembedahan lebihan kapsul mengambil masa lebih dua hingga tiga kali ganda. Bagaimanapun, pembedahan fakomulsifikasi lebih sukar dilakukan jika kanta terlalu tebal.
Bilakah seseorang memerlukan pembedahan katarak?
Seseorang tidak seharusnya dipaksa menjalani pembedahan katarak. Keputusan untuk menjalani pembedahan katarak hendaklah ditentukan oleh keperluan gaya hidup pesakit dan bukan oleh doktor.
Ia bergantung kepada tahap kemerosotan penglihatan yang dialami oleh pesakit. Sebagai contoh, seorang nenek mungkin berpuas hati dengan kejelasan penglihatan sebanyak tujuh puluh peratus kerana tuntutan gaya hidupnya hanya memerlukan dia bermain dengan cucu dan membuat sedikit kerja rumah.
Sedangkan bagi seseorang yang memerlukan penglihatan yang sempurna untuk memandu dan membuat kerja halus, kekaburan penglihatan walaupun sedikit, boleh mendatangkan masalah.
Patutkah saya mempercayai kemahiran doktor atau mesin berteknologi tinggi?
Penggabungan peralatan moden dengan rekod yang terbukti dengan kemahiran doktor adalah kombinasi yang terbaik. Bagaimanapun, dengan kemajuan teknologi yang berterusan, seseorang mesti berhati-hati agar tidak terpengaruh dengan dakwaan teknologi canggih dan mesin baru.
Biarpun ringkas, pembedahan katarak masih berisiko. Penilaian secara teliti dan penjelasan yang lengkap mesti diberi oleh doktor.
Anda juga seharusnya menyiasat latar belakang kakitangan yang melayani anda - adakah mereka mewakili pelabur swasta yang mengharapkan pulangan lebih tinggi daripada pelaburan mereka?
Atau, adakah mereka benar-benar pakar oftalmologi? Adakah anda lebih suka menerima nasihat daripada seorang doktor atau pakar bedah yang akan menjalankan pembedahan anda atau pasukan jualan yang cuba mengagumkan anda dengan pakej paling mahal?
Ingatlah, jurujual bukanlah orang yang akan menjalankan pembedahan anda. Bidang ubat-ubatan tidak boleh diperkenalkan semata-mata untuk mencari keuntungan.
Ia bukan komoditi dan anda seharusnya berwaspada terhadap mereka yang mungkin menggunakan industri perubatan semata- mata untuk kepentingan dan keuntungan mereka sendiri.
Kerana itulah Kementerian Kesihatan berusaha untuk membanteras pelabur yang menggunakan doktor sebagai proksi.
Apakah implan kanta yang harus saya pilih untuk pembedahan katarak?
Selepas katarak dibuang, kanta tiruan dimasukkan ke dalam beg kapsul yang tinggal. Ketepatan kuasa kanta yang dimasukkan dikira sebelum pembedahan.
Kuasa tersebut boleh memulihkan penglihatan mata pesakit kepada 20/20 atau membetulkan rabun dekat atau rabun jauh. Astigmatisme tidak boleh diperbetulkan dengan kanta konvensional tersebut.
Contohnya, sebelum pembedahan, cermin mata yang dipakai mungkin rabun jauh dioptre -3.00, astigmatisme dioptre -0.75. Selepas pembedahan, pesakit mungkin hanya mempunyai kuasa astigmatisme dioptre -0.75.
Pergantungan terhadap cermin mata sebanyak 100 peratus sebelum pembedahan telah berkurangan dan anda boleh melakukan tugas harian tanpa memakai cermin mata.
Tetapi, pencapaian terbaru kini?
Alangkah bagusnya jika ada kanta tiruan yang memperbetulkan kedua-dua jenis kerabunan - jarak jauh dan jarak dekat - tanpa perlu bergantung kepada cermin mata.
Kini, syarikat kanta tiruan yang terkenal seperti Alcon dan AMO telah melancarkan kanta multifokal (berbilang fokus) di pasaran.
Sebagaimana yang diarahkan oleh syarikat ini, garis panduan yang ketat dan pemilihan pesakit dengan betul sangat penting untuk memastikan kejayaan kanta ini.
Penilaian sebelum pembedahan mesti memastikan pesakit mempunyai hanya sedikit atau tiada langsung astigmatik dan selepas pembedahan, pesakit tersebut hampir tidak memerlukan cermin mata langsung.
Malangnya, doktor dan individu yang terlalu ghairah telah menyebabkan kekesalan di kalangan pesakit yang tidak puas hati dengan kanta baru ini.
Terdapat sekumpulan pesakit yang diberi janji palsu dan akibatnya, mengadu penglihatan yang kabur bagi jarak dekat dan jarak jauh selepas pembedahan.
Saya telah meneliti kes ramai pesakit yang melalui pengalaman yang menakutkan dan kesilapan astimatik yang tinggi.
Lebih menakutkan, sesetengah pesakit yang muda yang masih tidak mengalami sebarang kekaburan dipujuk supaya menjalani pembedahan implan kanta multifokal.
Memburukkan lagi keadaan, adalah sukar untuk mengeluarkan kanta sedemikian tanpa menjejaskan keutuhan kapsul yang meletakkan kanta dalam kedudukan yang betul.
Di samping itu, seseorang mesti melakukan pembedahan bilateral untuk memperolehi kesan-kesan kanta multifokal sepenuhnya.
Justeru, pesakit menghadapi dilema kerana kanta terlekat dalam beg dan dia keberatan untuk menjalani pembedahan bagi mata yang sebelah lagi dengan kanta yang serupa.
Adakah saya seorang calon yang sesuai untuk pembedahan katarak dan implan kanta multifokal (fokal berbilang)?
Pembedahan diharuskan apabila masalah katarak menjejaskan gaya hidup anda. Semua jenis pembedahan, baik pembedahan katarak, laser mata atau sebarang pembedahan khusus yang lain, mempunyai risikonya.
Oleh yang demikian, semua pembedahan hanya patut dikendalikan oleh doktor yang pakar.
Seseorang tidak harus membiarkan jurujual memujuk mereka supaya menjalani pembedahan. Aspek perniagaan tidak boleh sama sekali melebihi kepentingan pesakit.
Jika anda digalakkan menjalani sebarang pembedahan seperti implan kanta multifokal, sekurang-kurangnya tanya doktor pakar sama ada dia boleh menjanjikan penglihatan jarah jauh dan jarak dekat yang jelas.

SITUASI SEMASA INFLUENZA A(H1N1)
KENYATAAN AKHBAR
KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA
SITUASI SEMASA INFLUENZA A(H1N1)
DAN TINDAKAN-TINDAKAN KEMENTERIAN KESIHATAN
MALAYSIA
10 Mei 2009
Sehingga 9 Mei 2009 jam 2 petang Malaysia, Pertubuhan Kesihatan
Sedunia (WHO) memaklumkan 29 buah negara melaporkan secara
rasmi kes influenza A(H1N1). Penambahan 4 buah negara baru iaitu
Argentina (1 kes), Australia (1 kes), Jepun (3 kes) dan Panama (2
kes). Kumulatif kes adalah sebanyak 3440 kes penambahan
sebanyak 940 kes baru dari laporan yang sebelumnya. Jumlah
kematian adalah 48, meningkat sebanyak 2 kematian iaitu masing-
masing 1 dari Kanada dan Mexico berbanding dengan 46 kematian
pada laporan sebelumnya.
WHO masih lagi mengekalkan tahap amaran Influenza Pandemik di

Fasa 5, semenjak 29 April 2009 dan TIDAK menyarankan sebarang
tindakan sekatan dari segi perjalanan, perdagangan serta penutupan
sempadan yang perlu dilakukan oleh mana-mana negara bagi
perlindungan kesihatan antarabangsa. Walaubagaimana pun, adalah
penting orang awam yang mengalami tanda-tanda jangkitan
terutamanya demam, batuk, selsema dan sakit tekak dinasihatkan
untuk menangguhkan lawatan antarabangsa dan mereka yang
mengalami tanda-tanda berkenaan dari lawatan antarabangsa
dinasihatkan untuk mendapat rawatan. Disamping itu, tiada risiko
mendapat jangkitan influenza A(H1N1) sekiranya daging atau produk
babi disediakan dan dimasak secara betul.
Pada 9 Mei, sehingga 12.00 tengah malam, 2009 Bilik CPRC
Kementerian telah menerima empat (4) notifikasi kes
yang dimasukkan ke wad isolasi Hospital Sungai Buluh bagi tujuan
siasatan dan pemerhatian. Kesemua empat kes telah disahkan
negatif terhadap influenza A(H1N1) oleh Institut Penyelidikan
Perubatan. Sehingga masa ini tiada kes influenza A(H1N1) dikesan
di negara kita.
Saringan kesihatan dijalankan di semua pintu masuk antarabangsa
yang menerima kemasukan pelawat dari negara-negara yang dilanda
wabak influenza A(H1N1) serta kepulangan rakyat Malaysia dari
negara tersebut. Pada 9 Mei 2009, laporan status aktiviti saringan
pemantauan influenza A(H1N1) di pintu masuk udara di Lapangan
Terbang Antarabangsa Sepang dan Pulau Pinang adalah seperti
berikut:
• Bilangan penerbangan yang disaring : 14
• Bilangan penumpang yang disaring: 2343
• Bilangan penumpang diperiksa oleh pasukan kesihatan: 320
• Bilangan dirujuk ke hospital: 2.
Sehingga kini 11 ‘thermal scanner’ telah dipasang di enam pintu
masuk negara. Scanner ini akan mempercepatkan lagi proses
saringan penumpang di pintu masuk negara.
Bilik CPRC Kementerian telah menerima sejumlah 6 panggilan dari
orang ramai yang bertanya berkaitan dengan penggunaan rawatan
antiviral, pengurusan kes, penggunaan alat thermoscanner untuk
proses saringan dan situasi semasa di Malaysia.
Kementerian Kesihatan Malaysia dan semua agensi terlibat sentiasa
meningkatkan pemantauan situasi influenza A(H1N1) bagi
memastikan tindakan-tindakan diambil untuk melindungi kesihatan
awam penduduk Malaysia.
Sekian dan terima kasih.
TAN SRI DATO’ SERI DR. HAJI MOHD ISMAIL MERICAN
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia
Tarikh: 10 Mei 2009

Menopause Atau Putus Haid
Putus haid atau menopause adalah waktu pertengahan umur seseorang wanita itu di mana dia berhenti mengeluarkan haidnya. Ia terjadi apabila ovari berhenti menghasilkan telur. Selalunya ia terjadi secara perlahan-lahan dalam suatu jangka waktu yang panjang. Namun begitu, ada juga kes dimana ia berlaku secara tiba-tiba dan cepat. Jangka waktu yang diambil untuk mengalami putus haid secara terus dipanggil perimenopause. Ia akan mempengaruhi hormon, tubuh badan dan perasaan. Satu lagi istilah yang diberi kepada jangka waktu yang diambil oleh seorang wanita semasa perubahan dari tahap kesuburan tinggi kepada ketidaksuburan ialah 'climateric'.
Semasa perimenopause, pengeluaran estrogen dari ovari semakin berkurangan dan perlahan. Ini menyebabkan paras hormon tidak stabil. Ketakstabilan paras hormon inilah yang menyebabkan beberapa perubahan tertentu dalam wanita yang putus haid. Masa selepas putus haid pula dipanggil postmenopause. Terdapat juga kes dimana terdapatnya 'artificial menopause' iaitu putus haid yang berlaku secara bukan semulajadi. Misalnya di dalam kes pembedahan pembuangan ovari yang rosak ataupun terpaksa dibuang oleh sebab terdapatnya ketumbuhan. Dalam kes seperti ini, putus haid berlaku dengan cepat dan tiba-tiba tanpa melalui proses perimenopause.
Mengapa Berlakunya Putus Haid?
Organ yang bertanggungjawab dalam menghasilkan hormon ialah hipotalamus, pituitari dan ovari. Hipotalamus dan pituitari terletak di dalam otak manusia manakala ovari terletak di kedua-dua belah uterus. Keseluruhan sistem ini pula dipanggil sistem endokrin. Hipotalamus akan menyambungkan otak kita dengan sistem endokrin dan akan mengawal kitaran haid dengan bertindak ke atas pituitari.
Kitaran haid selalunya mengambil masa purata 28 hari. Semasa 14 hari pertama dalam kitar, yang dikenali sebagai fasa folikel, (jika hari pertama diambil dari hari pertama pendarahan haid berlaku) hipotalamus akan menghantar isyarat kepada pituitari untuk merembeskan hormon perangsang folikel (FSH). FSH ini akan merangsang sel telur atau folikel di ovari untuk membesar. Semasa folikel membesar, ia akan menghasilkan estrogen yang akan menyebabkan lapisan pada dinding uterus menebal dan seterusnya bersedia untuk pelekatan telur.
Semasa setiap kitaran haid, satu folikel akan menjadi lebih dominan dan akan terus membesar dan sel telur yang lain akan mati. Semasa lebih kurang hari ke 14 kitaran, hipotalamus akan menghantar satu lagi isyarat ke pituitari untuk mengaruh pembebasan hormon luteinizing (LH). LH menyebabkan folikel yang dominan tadi dibebaskan dari ovari dan bergerak ke tiub Fallopian di mana ia akan menunggu untuk dipersenyawakan. Proses ini dikenali sebagai ovulasi.
Pada folikel tersebut, sel yang ada akan mengganda dan berhubungan di antara satu sama lain untuk membentuk korpus luteum (jasad kuning). Korpus luteum akan berterusan menghasilkan estrogen pada kuantiti yang sedikit di samping menghasilkan satu lagi jenis hormon dalam kuantiti yang banyak iaitu progesteron. Progesteron merangsang sel di dinding uterin untuk merembeskan nutrien yang akan menggalakkan pertumbuhan telur jika ianya dipersenyawakan. Jika telur tersebut tidak dipersenyawakan, korpus luteum akan menjadi semakin kecil dan berhenti merembeskan progesteron dan estrogen. Tanpa hormon-hormon ini, sel di dinding uterin akan mati dan bersama darah dan sedikit mukus, akan menghasilkan menstruasi.
Sebelum haid bermula, paras rendah estrogen dan progesteron akan memberi isyarat kepada hipotalamus untuk memulakan kitaran semula. Hipotalamus kemudiannya akan menghantar isyarat ke pituitari dan kitaran bermula sekali lagi.
Semasa kelahiran seorang bayi perempuan, ovarinya mempunyai lebih kurang 2 juta telur. Apabila dia mula untuk mempunyai haid, terdapat hanya kira-kira 75 ribu yang tinggal. Selepas akil baligh, 8-10 telur membesar setiap bulan. Selalunya salah satu daripadanya akan matang. Kira-kira 10 tahun sebelum menopause, ovari akan mula ketiadaan telur, kesuburan berkurang, penghasilan estrogen berkurangan dan kitaran haid menjadi tidak normal. Pituitari akan terus merembeskan FSH dan LH dengan harapan untuk mengaruh ovari, jadi paras FSH dan LH meningkat.
Apabila menopause semakin hampir, ovulasi berhenti, begitu juga penghasilan progesteron. Semasa sebelum menopause, estrogen akan dihasilkan seperti biasa dan oleh kerana ketiadaan progesteron, penebalan dinding tidak dapat dikawal. Oleh itu, apabila pendarahan berlaku, ia menjadi lebih banyak dan menyebabkan kesakitan. Apabila menopause berlaku, ovari akan berhenti menghasilkan estrogen.
Walaupun ovulasi telah berhenti, bahagian pusat ovari berterusan menghasilkan dua hormon iaitu androstenedione dan testosterone. Selain dari ovari, kelenjar adrenal yang terletak di atas ginjal, juga akan menghasilkan kedua-dua hormon tersebut termasuklah progesteron dan estrogen dalam kuantiti yang sedikit. Hati, ginjal, adrenal, otak dan sel lemak mengambil androstenedione di dalam peredaran dan menukarkannya kepada estrogen dan testosteron. Jika bekalan estrogen adalah sentiasa stabil, kelenjar adrenal dapat menolong mengurangkan perubahan-perubahan yang dialami semasa menopause.
Diet yang sihat dan senaman yang cukup juga akan membantu. Adalah penting untuk mengekalkan berat badan (15% sehingga 25% lemak) supaya terdapat lemak yang cukup untuk penukaran androstenedione kepada estrogen.
Bila Berlakunya Putus Haid?
Purata umur berlakunya menopause ialah 51.2 tahun. Ini bermakna setengah dari kesemua wanita akan mula berhenti mengeluarkan haid sebelum umur ini dan setengah lagi akan mula berhenti mengeluarkan haidnya selepas umur ini. Kira-kira 8% wanita akan mengalami putus haid sebelum umur 40 dan kebanyakannya akan mengalaminya pada umur 58 tahun.
Penyebab putus haid awal (kurang dari 40 tahun):
* pembedahan pembuangan ovari
* terapi radiasi ke atas ovari
* beguk
* pengurangan kromosom
* malnutrisi teruk
* penyakit autoimun
* merokok
Wanita juga boleh mengalami putus haid lewat, iaitu selepas umur 55 tahun. Jika ini berlaku, pastikan anda membuat ujian Pap Smear, pemeriksaan pelvik, mammogram dan pemeriksaan buah dada yang kerap. Doktor anda haruslah tahu yang anda masih mempunyai haid. Ini adalah kerana kadang-kadang, pendarahan abnormal dari vagina boleh berlaku.
Selain itu, wanita yang merokok menopause 2 tahun lebih awal berbanding wanita yang tidak merokok. Secara amnya, masa untuk wanita mencapai menopause berbeza dari seorang individu ke individu yang lain. Ianya tidak bergantung pada bangsa, kelas, mengandung atau tidak, menyusukan anak atau tidak, corak kesuburan, penggunaan pil perancang, ketinggian, umur semasa kedatangan haid pertama atau umur semasa mengandung kali terakhir.
Adakah Terdapat Sebarang Ujian Untuk Memastikan Putus Haid?
Simptom-simptom yang dialami tidak semestinya menandakan seseorang wanita itu telah mengalami putus haid. Salah satu cara untuk memastikan samada anda putus haid ialah dengan menyukat paras FSH. Ini kerana apabila ovari gagal menghasilkan estrogen, paras FSH meningkat akibat rangsangan pituitari untuk penghasilan estrogen. Jadi, paras FSH yang tinggi adalah suatu bukti yang menunjukkan bahawa anda telah putus haid. Doktor anda akan memberitahu samada anda mengalami perimenopausal atau menopause apabila melihat keputusan ujian ini.
Tanda dan Simptom Putus Haid
Apabila seorang wanita menghampiri putus haid, kitar haid akan menjadi tidak stabil di mana kadang-kadang ianya terjadi terlalu kerap atau terlalu jarang. Selain itu, terdapat simptom-simptom lain yang akan turut berlaku iaitu:
* Kesakitan sendi
* Susah untuk memfokus mengenai sesuatu perkara
* Sakit kepala
* 'Hot flushes'
* Tidak boleh tidur
* Perubahan mood
* Kekeringan bahagian vagina
* Peluh di waktu malam
* Simptom yang dikaitkan dengan simptom sebelum kedatangan haid
* Perpeluhan yang teruk
* Kencing yang kerap
Tidak semestinya semua wanita akan mengalami simptom-simptom ini dan setiap wanita adalah berbeza dari segi pengalaman mengalami putus haid. Tetapi kadang-kadang simptom-simptom ini begitu sukar untuk dijangka dan begitu mengganggu aktiviti harian wanita tersebut. Pengalaman seorang wanita yang mengalami menopause juga boleh dipengaruhi oleh perubahan persekitaran seperti:
* Anak-anak meninggalkan rumah
* Perubahan domestik, sosial dan perhubungan personel
* Perceraian atau kematian suami
* Perubahan identiti dan imej badan
* Persaraan
* Peningkatan kerisauan mengenai penuaan dan kematian
* Kehilangan kawan, orang yang disayangi dan keselamatan kewangan
* Peningkatan tanggungjawab kepada ibubapa yang telah berumur
* Risau mengenai keperluan untuk berdikari, ketidakupayaan atau kesunyian
* Mempunyai cucu yang perlu dijaga
Walauapapun penyebabnya, pengalaman-pengalaman seorang wanita sebelum dan selepas putus haid akan menjadi satu pengalaman yang pahit dalam hidupnya kerana kadang-kadang simptom-simptom yang hadir adalah agak serius. Tetapi, ada juga wanita yang langsung tidak pernah mengalami apa-apa simptom semasa dia putus haid.
Simptom-simptom yang berlaku untuk kes putus haid yang diakibatkan dari pembedahan adalah lebih cepat dan berlaku secara tiba-tiba. Ini kerana paras estrogen akan menurun dengan tiba-tiba dan cepat semasa putus haid yang diakibatkan dari pembedahan terutamanya simptom 'hot flushes' yang selalunya berlaku selama 30 saat sehingga 5 minit.
'Hot flushes' selalunya bermula dengan sensasi 'tingling' pada jari. Ini diikuti dengan peningkatan suhu yang cepat bermula dari darah ke muka dan jantung berdebar. 'Hot flushes' selalunya termasuk perpeluhan yang teruk sehingga boleh membasahkan katil di waktu malam.
Beberapa tips untuk mengurangkan 'hot flushes':
* Cuba bersenam lebih kerap, mandi menggunakan air sejuk, mengurangkan tekanan dari persekitaran.
* Mengurangkan pengambilan teh, alkohol dan makanan yang pedas.
* Pakai pakaian yang nipis dan senang dibuka.
* Menyimpan diari mengenai kejadian 'hot flushes' dan faktor penyebab.
Wanita yang mempunyai 'hot flushes' selalunya mempunyai berat badan yang lebih rendah daripada wanita yang tidak mengalami 'hot flushes'.
Kesan Jangkamasa Panjang Putus Haid
Selain kesan jangka masa pendek yang ditunjukkan oleh tanda-tanda dan simptom-simptom, terdapat juga kesan jangka masa panjang yang juga disebabkan oleh pengurangan penghasilan estrogen. Antara kesan-kesan yang dapat dijangkakan ialah:
* Penyakit jantung koronari.
* Osteoporosis.
* Masalah genitourinari terutamanya masalah dalam mengawal pembuangan air kecil.
Sebagai tambahan, terdapat banyak kesan minor yang melibatkan menopause iaitu perubahan kulit, buah dada dan rambut.
a) Penyakit Jantung Koronari.
Ini ialah suatu penyakit yang paling serius yang boleh didapati akibat menopause. Ianya adalah penyebab utama kematian wanita yang telah menopause jika dibandingkan dengan peratus penyebab kematiannya ke atas wanita yang belum menopause. Malah, ianya melebihi peratus kematian akibat penyakit kanser di kalangan wanita. Wanita yang berumur 50 tahun mempunyai 1 dalam 2 peluang untuk mengidap penyakit jantung koronari dalam hidupnya. Sekurang-kurangnya 1 dalam 3 wanita akan mati disebabkan oleh penyakit ini.
Penyakit jantung koronari terjadi apabila saluran darah yang membawa darah ke jantung menjadi sempit. Apabila kita tua, akan terdapat pemendapan kolesterol sedikit demi sedikit di dinding salur darah yang dipanggil plak. Plak inilah yang menyempitkan salur darah. Ini akan menyebabkan pengurangan aliran darah ke otot jantung. Jantung tidak dapat mengepam darah secara normal, dengan itu, ia terdedah kepada keadaan aritmia iaitu ketidaknormalan degupan jantung.
Apabila aliran darah ke jantung berkurang dan diikuti dengan tekanan (stress), wanita ini akan mengalami kesakitan di bahagian dada yang dipanggil sebagai angina pektoris. Kesakitan ini ditandai dengan rasa 'crushing' di bahagian dada yang akan merebak ke tangan kiri atau tengkuk. Episod angina pektoris yang berlanjutan akan menyebabkan otot jantung mati dan ini pula akan mengakibatkan terjadinya serangan jantung atau infarksi miokardial.
Apabila otot jantung berterusan menjadi lemah, jantung tidak akan berupaya untuk mengepam darah dengan efisien dan ini menyebabkan darah terkumpul di dalam paru-paru. Apabila ini berlaku, kegagalan jantung terjadi. Selalunya wanita tidak mengalami simptom klasik serangan jantung, oleh itu, mereka tidak menyedari kehadiran penyakit tersebut dalam diri mereka. Simptom yang biasanya ditunjukkan oleh wanita ialah loya, penat, atau rasa tidak sihat.
Apa yang menyebabkan wanita menopause berisiko mengidap penyakit jantung koronari? Estrogen dalam badan wanita mengurangkan peredaran lipoprotein berketumpatan rendah (LDL) atau kolesterol jahat dan meningkatkan lipoprotein berketumpatan tinggi (HDL) atau kolesterol baik. HDL berperanan mengeluarkan kolesterol daripada saluran darah, manakala LDL membawa kolesterol ke dalam peredaran darah.
Estrogen juga didapati mengurangkan kejadian pembekuan darah di dalam arteri. Selain itu, estrogen mengembangkan arteri koronari dan ini akan membenarkan banyak aliran darah ke jantung. Apabila wanita menghampiri menopause, berlaku penurunan paras estrogen dan ini bermakna kawalan keatas kejadian penyakit jantung semakin rendah.
Beberapa faktor risiko telah dikenalpasti menyumbang kepada kejadian penyakit jantung koronari dalam wanita iaitu:
* Merokok
* Tekanan darah tinggi
* Kencing manis
* Obesiti
* Oophorectemy (pembuangan ovari)
* Postmenopause dan tidak menggunakan HRT
* Sejarah keluarga mengidap serangan jantung sebelum umur 60 tahun
* Peningkatan kolesterol
* Peningkatan trigliserida
* Lanjut usia (71-80)
* Personaliti Jenis A
Pencegahan Penyakit Jantung
Beberapa langkah pencegahan boleh diambil untuk menurunkan kebarangkalian mendapat penyakit jantung iaitu :
* Berenti merokok
* Merawat tekanan darah tinggi (jika ada)
* Mengawal kencing manis
* Megekalkan berat badan ideal
* Merawat peningkatan paras kolesterol dan trigliserida menerusi diet, senaman dan ubat
* Menggunakan terapi penggantian hormon (HRT)
b) Osteoporosis
Osteoporosis atau tulang poros adalah satu masalah yang serius dalam menopause. Tulang biasanya akan dipecahkan dan diganti, tetapi dalam menopause, tulang yang dipecahkan adalah melebihi tulang yang dibina semula. Oleh itu, tulang mudah patah terutamanya tulang pinggul, pergelangan tangan dan tulang belakang.
Wanita dengan kepadatan tulang yang tinggi mempunyai risiko yang lebih rendah untuk mengidap osteoporosis berbanding wanita dengan kepadatan tulang yang rendah. Estrogen mengawal tulang daripada kehilangan kalsium. Seorang wanita boleh kehilangan 2-5 % kepadatan tulang dalam jangka masa 5 tahun semenjak bermulanya menopause. Osteoporosis tidak mempunyai simptom di awal penyakit. Cuma di peringkat akhir penyakit ia menyebabkan kesakitan tulang belakang dan abdomen. Jadi, ujian ketumpatan tulang dicadangkan :
* Selepas menopause atau sewaktu berlakunya ketiadaan haid
* Wanita yang banyak mengambil steroid
* Wanita yang mempunyai kelenjar paratiroid yang terlalu aktif
Kehilangan tulang bermula selepas umur 35. Ini adalah sebab mengapa pentingnya seorang wanita tidak kira umur supaya membina kepadatan tulang dengan melakukan senaman seperti berjalan, berlari, mengangkat benda berat (dengan cara yang betul) dan dengan pengambilan diet yang mengandungi banyak kalori dan vitamin D - sekurang-kurangnya 1000 mg kalsium
sebelum menopause dan 1500 mg selepas menopause. Rawatan estrogen boleh menolong mengurangkan berlakunya osteoporosis.
Risiko untuk berlaku osteoporosis adalah tinggi pada wanita:
* Asia atau yang berkulit putih.
* Mempunyai berat kurang dari purata ketinggian.
* Menopause awal (sebelum usia 40 tahun).
* Kurang pengambilan kalsium (<1500 mg/hari).
* Kurang pengambilan vitamin D.
* Mempunyai sejarah keluarga osteoporosis.
* Mempunyai diet tinggi kafein, alkohol atau protein.
* Mempunyai gangguan hormonal seperti kencing manis, hepatitis B dan penyakit Cushing.
* Merokok.
* Tidak selalu bersenam.
* Mengambil ubat yang mengandungi tiroid atau kortison melebihi 6 bulan
* Postmenopause dan tidak menggunakan HRT.
c) Sistem genitourinari
Bagi wanita putus haid, vulva (bukaan bagi vagina) akan menjadi lebih nipis. Ia juga akan mengecut dan ini akan menyebabkan kesakitan sewaktu hubungan kelamin. Masalah Pundi Kencing Stress Urinari Incontinence (SUI ) merujuk kepada pengeluaran urin secara tidak sengaja apabila seseorang ketawa, batuk atau bersin. Keadaan ini berlaku kerana uretra semakin tertarik menjauhi tulang pubik. Kelahiran menerusi vagina, usia yang melebihi 60 tahun serta berdiri terlalu lama menjadi faktor risiko keadaan ini.
Senaman yang boleh diamalkan untuk mengelakkan keadaan ini ialah senaman Kegel. Senaman Kegel Dr. Arnold Kegel mencipta senaman ini dalam tahun 1950an. Ia membantu menguatkan otot yang berfungsi menghentikan aliran urin dan menghalang pergerakan usus. Ia juga adalah otot yang mengecut semasa 'orgasm'.
1.Kawal otot pelvik seperti sedang menahan air kencing dan kemudian kecutkan bukaan dubur
seperti sedang menahan membuang air besar.
2.Ketatkan otot semula, tahan selama 10 saat dan ulangi sebanyak sepuluh kali.
3.Ulangi 5-10 kali setiap hari.
d) Perubahan Kulit
Kadar ketebalan kulit akan menurun dengan kadar yang sama seperti ketumpatan tulang. 30% tisu penghubung akan hilang dalam 10 tahun pertama selepas bermulanya putus haid. Kulit akan senang lebam dan pigmentasi yang dipanggil 'liver spots' akan menjadi banyak. Jerawat juga akan muncul. Payu dara akan kehilangan tisu lemak serta kekenyalannya menghasilkan payu dara yang kecil dan jatuh. Kekedutan kulit juga akan menjadi lebih ketara dalam wanita putus haid.
Panduan meminimakan kekedutan.
* Gunakan pelindung kulit dan minimakan pendedahan langsung kepada matahari.
* HRT juga boleh membantu.
* Jangan minum arak dan merokok.
* Amalkan diet dan cara hidup yang sihat-minum air yang mencukupi, bersenam dan berehat dengan cukup.
* Vitamin seperti A,C dan E juga boleh di gunakan.
* Retin-A ialah sejenis ubat yang boleh digunakan untuk mengurangkan kedutan.
* Asid alpha hidroksi (AHA) seperti asid laktik dan asid glikolik digunakan sebagai pelembap untuk mengurangkan kedutan.
* Pengelupasan kimia, teknik laser dan pembedahan kosmetik juga boleh di gunakan. e)Perubahan rambut Kesan perubahan hormon akibat putus haid, beberapa perubahan akan berlaku kepada rambut termasuk :
* Penipisan rambut di kepala dan ari-ari.
* Hilang seri rambut Botak keseluruhan kepala tidak akan berlaku. Namun, kehilangan rambut yang berterusan memerlukan rujukan kepada pakar kulit. Hirsutisme adalah pertumbuhan rambut yang hitam dan tebal di atas bibir, di dagu, leher dan puting kesan kelebihan hormon androgenik. Sila rujuk doktor anda jika keadaan ini berlaku. Rawatan Tanpa Ubat Nutrisi yang baik dan senaman yang berterusan dapat meningkatkan kesihatan.
Beberapa panduan untuk menjaga pemakanan bagi wanita putus haid ialah:
* Minum air yang mencukupi Minum 6-8 gelas air sehari - ini akan mengaruh tindakbalas kimia
di dalam badan. Ia juga menolong penghasilan tenaga daripada karbohidrat, protein dan lemak
disamping meningkatkan pergerakan nutrien di dalam badan.
* Makan dengan kuantiti yang banyak makanan jenis ini Roti, nasi, makanan bergandum dan
pasta - ia mengandungi kanji yang membolehkan penghasilan tenaga dan protein untuk
pembinaan otot dan tisu badan. Ia juga membekalkan vitamin B1, zink dan besi. Selain itu, ia
juga mengandungi serat yang penting untuk usus yang sihat. Sayur-sayuran dan buah-buahan
- ia mengandungi kanji, sedikit gula, vitamin, mineral dan serat. Ia juga kaya dengan vitamin C
dan dan vitamin A. Serat yang ada dalam makanan jenis ini menolong mengurangkan paras
kolesterol darah.
* Makan dengan kuantiti sederhana makanan jenis ini. Daging, ikan, kacang, telur, susu, keju dan
susu masam - ia mengandungi protein yang digunakan untuk membina dan membaiki otot,
darah dan tisu badan yang lain. Terdapat juga vitamin di dalam makanan jenis ini iaitu
riboflvin, niasin dan tiamin dan vitamin B12. Zink dan besi boleh didapati di dalam daging
manakala kalsium boleh didapati di dalam susu, keju dan susu masam. Makanan ini juga
mengandungi lemak. Oleh itu, pilih susu, keju dan susu masam yang rendah lemak.
* Makan dengan kuantiti sedikit makanan jenis ini Mentega, margerin dan minyak -
mengandungi lemak yang tingi dan boleh meningkatkan paras kolesterol darah. Gula -
mengandungi karbohidrat yang menolong membekalkan tenaga tetapi tiada vitamin, serat atau
protein Garam - Dijumpai di dalam banyak makanan, jadi tidak perlu menambahkannya ke
dalam makanan yang diambil. Ini kerana pengambilannya secara berlebihan miningkatkan
pngumpulan cecair dan seterusnya meningkatkan tekanan darah. Kafein - adalah suatu agen
perangsang yang ditemui di dalam kopi, teh, cokelat dan minuman berkabonat. Ia boleh
menyebabkan ketidakselesaan, tekanan, peningkatan dan ketidakstabilan degupan jantung,
peningkatan tekanan darah, cirit-birit dan peningkatan kekerapan membuang air kecil jika
diambil di dalam dos yang tinggi. Selain itu, ia juga boleh meningkatkan frekuensi 'hot flushes' ,
ketulan di dalam payu dara, kesakitan payu dara dan kehilangan kalsium serta vitamin dan
mineral yang lain. Oleh itu, cuba kurangkan jumlah pengambilannya perlahan-lahan kerana ia
boleh menyebabkan simptom penarikan seperti sakit kepala dan ketidakselesaan jika
diberhentikan secara tiba-tiba.
* Nutrisi tambahan Evening Primrose Oil - bahan ini kaya dengan asid lemak tak tepu,
terutamanya asid linolik dan asid gamma linolik. Pengurangan asid gamma linolik boleh
mengganggu sindrom sebelum haid, keadaan sakit sendi, emosi serta keadaan kulit rambut,
kulit dan kuku.
Ia juga boleh membantu mengawal 'hot flushes', kekeringan vagina dan kegatalan kulit. Kepentingan senaman ialah untuk menjamin kesihatan tulang dan jantung, mengawal berat badan, membantu memperbaiki emosi serta mengurangkan risiko penyakit jantung, kegemukan, peningkatan tekanan darah, kencing manis dan osteoporosis. Wanita yang jarang bersenam biasanya akan mengalami sakit belakang yang teruk, tidak dapat tidur malam, kekejangan dan ketidakstabilan. Mereka juga akan mengalami peredaran darah yang lemah, otot yang lemah, sesak nafas dan pengurangan ketumpatan tulang. Kemurungan juga boleh berlaku.
Senaman akan meningkatkan paras HDL di dalam badan. Semasa bersenam, hormon andorfin akan dilepaskan oleh otak. Ia adalah hormon yang membuatkan seseorang itu berasa seronok. Antara senaman yang boleh dilakukan ialah bersukan, aerobik, gimnastik, berbasikal, berenang atau berjalan selama tidak kurang 30 minit 3 kali sehari. Yoga dan Tai Chi juga digalakkan.
Rawatan Dengan Ubat
Untuk menyelesaikan masalah penurunan paras estrogen, doktor telah mencadangkan penggunaan terapi penggantian hormon (HRT). HRT ialah pemberian hormon estrogen dan progesteron. Terapi penggantian estrogen (ERT) merujuk kepada pemberian estrogen sahaja. Hormon biasanya diberi dalam bentuk pil walaupun kadang-kala 'skin patch' dan krim vaginal digunakan. ERT digunakan untuk mengelakkan kesan penyakit jantung dan osteoporosis. HRT untuk putus haid adalah masih menjadi isu kontroversi. Keselamatan jangkamasa panjang dan keberkesanannya masih menjadi kebimbangan.
Data yang ada masih tidak cukup untuk doktor mencadangkan HRT sebagai terapi yang terbaik untuk semua wanita yang putus haid. Beberapa kajian masih dijalankan untuk mengkaji kebaikan HRT. Dalam tahun 1940an apabila estrogen mula-mula digunakan untuk wanita putus haid, ia diberikan sendirian dalam dos yang tinggi. Selepas 50 tahun dalam percubaan, estrogen diketahui dapat meransang pertumbuhan dinding dalam uterus (endometrium) yang gugur semasa haid.
Pertumbuhan dinding ini yang berterusan akan mengakibatkan kanser. Pada hari ini, doktor akan memberikan estrogen dengan dos yang rendah. Namun, sesetengah doktor masih memberikan estrogen sahaja kepada wanita yang mempunyai uterus. Penggunaan progesteron dalam bentuk sintetik yang dipanggil progestin bersama estrogen lebih mula digemari kerana ia mengurangkan kesan bahaya estrogen ke atas uterus.
Progestin mengurangkan risiko kanser dengan menyebabkan peluluhan bulanan endometrium. Ini menyebabkan wanita yang putus haid masih mengalami pendarahan bulanan. Oleh itu, ini adalah satu keburukan dari penggunaan progestin. Terdapat juga beberapa kesan sampingan lain progestin iaitu kesakitan payu dara, kekembungan, kesakitan abdomen, keresahan, ketidakselesaan dan kemurungan. Kajian terbaru sedang dilakukan untuk menilai penggunaan estrogen berdos rendah bersama progestin dalam berbagai-bagai jadual untuk mengelakkan pendarahan bulanan.
Apa yang sedang diambil oleh wanita sekarang ialah apa yang dipanggil HRT berkitar. Mereka boleh mengambil estrogen secara berterusan dan progestin untuk 12 hari pertama setiap bulan. Selain itu, penggunaan kombinasi dos di mana estrogen bersama progestin dos rendah yang diambil setiap hari juga sedang dalam kajian. Secara teorinya, penggunaan progestin menggalakkan pertumbuhan endometrium supaya pendarahan tidak berlaku. Malangnya, ia mengambil masa 6 bulan atau lebih untuk pendarahan berhenti secara terus. Dalam kebanyakkan kes, pendarahan bulanan telah digantikan dengan pendarahan yang tidak tetap.
* Estrogen dan Tulang anda.
HRT dan ERT adalah kaedah yang berkesan untuk menentang osteoporosis. Seperti yang telah dibincangkan, estrogen menghalang kehilangan tulang tetapi tidak dapat membantu membina semula tulang. Penggunaan jangkamasa panjang estrogen (lebih atau sama dengan 10 tahun) diperlukan untuk mengelakkan kehilangan tulang selepas putus haid. Mengapa estrogen membantu melindungi tulang rangka masih menjadi tandatanya. Diketahui estrogen membantu menyerap kalsium yang diperlukan untuk kekal kuat.
Ia juga membantu menyimpan kalsium di dalam tulang dengan menggalakkan sel lain menggunakan kalsium secara lebih efisien. Sebagai contoh, otot memerlukan kalsium untuk mengecut. Jika kalsium yang diperlukan tidak cukup dalam peredaran darah, kalsium akan dipinjam daripada tulang. Kalsium juga diperlukan untuk pembekuan darah, menghantar impuls saraf dan merembeskan pelbagai hormon. Peminjaman kalsium tulang dalam jangkamasa panjang akan mempercepatkan kehilangan tulang. Inilah sebabnya penting kalsium diambil dalam kuantiti yang cukup.
* Kesan Estrogen pada Jantung anda.
Kebanyakan kajian klinikal menunjukkan behawa wanita yang menggunakan estrogen dapat mengurangkan risiko mengidap dan mati akibat penyakit jantung. Kajian pada tahun 1991 menunjukkan bahawa selepas 15 tahun pengambilan terapi estrogen, risiko kematian akibat penyakit jantung koronari berkurang sebanyak 50% dan kematian keseluruhan berkurang sebanyak 40%. Kesan ini adalah hasil kemampuan estrogen oral dalam mengekalkan HDL dan LDL pada paras seperti sebelum putus haid. Kesan ini juga adalah berikutan kesan langsung estrogen ke atas salur darah.
* Risiko penggunaan Estrogen
Risiko merbahaya : - angin ahmar - penyakit jantung - kanser payu dara - kanser salur kencing - penyakit hati - penyakit pundi kencing - penyakit pankreas - pembekuan darah - pendarahan vaginal yang tidak didiagnos Risiko yang berkaitan : - merokok - darah tinggi - ketumbuhan payu dara - ketumbuhan salur kencing - jangkitan pankreas - inflamasi endometrium - sawan - migrain - sakit kepala
* Risiko dan kebaikan HRT
Risiko : - mungkin menyebabkan simptom seperti sebelum haid - mungkin meningkatkan risiko kanser payu dara - mungkin mempunyai kesan sampingan lain yang tidak diingini seperti pendarahan vaginal, pengumpulan cecair badan, loya, kehilangan rambut, sakit kepala, kegatalan, peningkatan pengeluaran cecair dari kemaluan dan perubahan kornea mata.
Kebaikan : - mengelakkan osteoporosis - menghalang 'hot flushes' - memperbaiki emosi, tenaga dan perasaan gembira - mengurangkan insomnia - mengurangkan risiko penyakit jantung - mengekalkan keinginan seksual - mengurangkan risiko kanser usus - meningkatkan tumpuan dan ingatan
Rawatan Lain
Kebanyakan wanita menggunakan rawatan sampingan seperti rawatan tradisional untuk masalah putus haid mereka. Sesetengah rawatan ini memberikan kebaikan namun ada juga yang merbahaya. Sekiranya anda ingin menggunakan cara rawatan tradisional, pastikan orang yang menawarkan rawatan ini adalah seorang yang bertauliah. Beberapa kaedah rawatan lain yang boleh digunakan ialah :
a ) Rawatan Herba
Teh herba atau ekstrak sediaan herba boleh digunakan untuk merawat simptom putus haid. Ia biasanya diberikan dengan mengambil kira nutrisi yang diambil. Sebagai contoh, pati rhizome daripada Black Cohosh iaitu sejenis pohon bunga kecil yang dijumpai di Amerika Utara dan didagangkan dengan nama produk Remifemin. Ianya boleh didapati di farmasi-farmasi berdekatan.
b ) Neuropati
Pakar neuropati percaya kepada kebolehan badan untuk sembuh dengan sendiri. Perhatian diberikan kepada diet dan penurunan tabiat buruk yang boleh mengurangkan keharmonian semulajadi badan. Kadang-kala nutrisi tambahan akan mereka cadangkan.
c ) Akupuntur
Prinsip asas akupuntur juga adalah berdasarkan keupayaan tubuh badan untuk sembuh dengan sendiri. Terdapat beberapa laluan tenaga di dalam tubuh badan yang juga diganggu dengan cara tertentu boleh mempengaruhi keseimbangan semulajadi badan. Pakar akupuntur menggunakan jarum untuk merawat proses terjadinya sesuatu penyakit.
d ) Homeopati
Ramuan homeopati turut mementingkan keharmonian tubuh badan. Ramuan diberikan untuk menghasilkan simptom yang hampir sama seperti yang sedang berlaku pada tubuh badan. Ini adalah untuk mempengaruhi tubuh badan supaya menyimpan keharmonian semulajadinya dan menghalang terjadinya sesuatu penyakit.
e ) Refleksologi
Pakar refleksologi percaya bahawa terdapat daya kehidupan yang mengalir menerusi sepuluh saluran di dalam badan bermula daripada ibu jari kaki. Tekanan yang dikenakan kepada kaki pada tempat-tempat yang berbeza akan meransang reflek yang mempengaruhi organ tertentu badan.
f ) Hipnoterapi
Pakar hipnoterapi membantu mengurangkan tekanan dan kemurungan, membantu mengurangkan kebergantungan kepada alkohol dan merokok serta membantu mengawal simptom fizikal yang tidak mempunyai penyebab.
g ) Urut Urutan adalah satu rehat yang terbaik untuk tubuh badan anda. Ia mengurangkan tekanan serta menghilangkan kesakitan. Urutan juga meransang peredaran darah.
sumber: members.fortunecity.com