Pada bulan pertama anda mungkin tidak sedar bahawa anda telah pun mengandung. Janin dalam kandungan anda amat kecil, hanya berukuran beberapa milimeter sahaja. bagaimana pun jantungnya telah mula berdegup dan paru-parunya telah berkembang. Setiap organ badanya telah pun mula terbentuk seperti otak dan tulang belakang.
Pada bulan kedua dan ketiga janin sudah semakin membesar dan beratnya kira-kira 30 gram. Malah pada bulan ketiga anda boleh mula mendengar degupan jantung melalui alat imbasan bunyi (ultra sound) dengan bantuan doktor.
Pada bulan keempat anda mula boleh merasakan bayi anda bergerak-gerak seperti tendangan kecil. Bulan kelima bayi anda semakin membesar dan jika anda membuat imbasan, anda akan boleh melihat tangan bayi bergerak ke mulutnya.
Seterusnya dalam bulan keenam bayi anda semakin aktif bergerak kekiri dan ke kanan atau berpusing kebawah atau kebelakang. Beratnya kira-kira 0.7kg. Gerakan yang lebih aktif akan dapat anda rasakan dalam bulan ketujuh dan mula memberi reaksi kepada bunyi bising.
Bayi anda mula mampu mengesan cahaya dan bertindak balas terhadapnya dalam bulan kelapan dan beratnya kira-kira 1.8kg.
Tiba bulan ke sembilan, berat bayi anda bertambah sekurang-kurangnya satu kilogram lagi. Kini anda hanya menunggu masa untuk membawa bayi anda kedunia
Labels:
Kehamilan
Thanks for reading PERKEMBANGAN ANAK DALAM KANDUNGAN. Please share...!
0 Comment for "PERKEMBANGAN ANAK DALAM KANDUNGAN"