Wanita Mingguan menyediakan info kesihatan luar dan dalaman untuk wanita perihatin

Dikuasakan oleh Blogger.

Search This Blog

Masaalah Kencing Kotor

Saya ingin berkongsi pengalaman mengenai masaalah kencing kotor dengan para pembaca semua. Saya pernah didatangi masaalah ini sebanyak tiga kali. Yang pertama pada tahun 2005 yang lalu dan yang terakhir pada bulan September lepas.

Saya menyedari masaalah ini apabila:

1. Terasa ingin membuang iar kecil yang kerap.
2. Masa membuang air kecil, ianya tidak lancar dan keluar sedikit sahaja.
3. Rasa tidak puas untuk buang air kecil dan terpaksa berulang kali ke tandas.
4. Terasa sakit perit di saluran kencing semasa dan selepas buang air.
5. Dalam jangka masa lama, terasa sakit di bahagian ari-ari.
6. Apabila urin telah memenuhi pundi-pundi kencing, sakit terasa dibahagian buah pinggang.

Pada kes pertama dan kedua, saya mendapatkan rawatan di klinik yang berbetulan di sebelah rumah saya.
Ujian mendapati terdapat kotoran dan darah dalam urin saya. Doktor memberi anti-biotik, penahan sakit dan pelawas kencing. Setelah mengambil ketiga-tiga ubat tersebut, proses membuang air kecil menjadi selesa seperti biasa.

Bagaimana pun saya dapat mengesan rasa kurang selesa di bahagian pinggang bila saya terpaksa menahan kencing seperti masa memandu di lebuhraya yang terpaksa menunggu hingga sampai ke R & R. Dan akhirnya pada bulan September 2009 lepas saya menghadapi masaalah ini sekali lagi.

Saya terus berjumpa doktor yang juga jiran saya. Beliau juga hairan bagaimana saya selalu sangat mendapat gejala ini (kekerapan kena gejala ini sebanyak tiga kali dalam masa empat tahun dianggap sebagai agak luar biasa oleh beliau). Saya pula cuba mengaitkan gejala kencing kotor ini dengan sakit batu karang yang pernah saya alami pada tahun 1992 yang lalu. Tetapi doktor tidak bersetuju.

Pada kes kali ini doktor meminta spesimen urin saya untuk dihantar ke makmal bagi dibuat analisis yang lebih detail. Hasil cerakinan makmal tersebut mendapati urin saya mengandungi bakteria Escherichia coli atau biasa disebut bakteria E-coli. Sebab itulah berlaku pendarahan dalam urine.

Hasil analisis itu juga saya dikenalpasti 'resistant' kepada anti-biotik tertentu dan sesuai kepada anti-biotik yang tertentu pula. Keputusan analisis ini membolehkan doktor memberikan anti-biotik yang benar-benar sesuai dengan badan saya.

Selepas mengambil anti-biotik yang diberikan oleh doktor berpandukan keputusan ujian makmal itu, saya sembuh sepenuhnya dan terasa di bahagian pinggang tidak lagi sakit atau rasa bengkak walau pun terpaksa menahan kencing agak lama sementara dapat sampai ke tandas.

Daripada pengalaman saya ini, ingin saya sarankan kepada pembaca semua yang mengalami gejala yang sama dengan saya, mintalah doktor anda menghantar urine anda untuk dianalisis dimakmal bagi mengetahui dengan detail apa yang terdapat dalam urin anda yang menyebabkan berlakunya gejala kencing kotor. Dalam ujian biasa yang dijalankan di klinik, doktor hanya menggunakan kertas seperti kertas litmas yang akan menunjukkan indikasi jika urine anda ada mengandungi darah tetapi ujian ini tidak akan memberi keputusan apa yang terkandung dalam urin anda.

Kos ujian makmal swasta yang dikenakan ke atas saya ialah RM45.00 manakala kos yang dikenakan oleh klinik bergantung kepada kadar yang ditetapkan.

Punca jangkitan bakteria E-coli ini datang daripada beberapa sebab umpamanya:
1. Proses membersih selepas buang air besar - amalkan membersih kemaluan terlebih dahulu sebelum membersihkan anus. Ini bertujuan mengelakkan bahagian kemaluan terkena sisa-sia najis yang mungkin ada bakteria.

2. Makanan yang tidak bersih juga menjadi tempat pembiakan E-coli. Pastikanlah makanan dan minuman yang diambil adalah bersih.

Gejala kencing kotor ini boleh menyerang lelaki atau wanita. Namun biasanya ia lebih kerap dihidapi oleh wanita kerana saluran kencing dan anusnya lebih dekat yang mana kebarangkalian tangan menyentuh kedua-dua saluran ini semasa membersih najis lebih tinggi.

Diharap info ini dapat memberi manafaat kepada anda semua.

Catatan Yang Ditampilkan

Sitemap

Back To Top