Wanita Mingguan menyediakan info kesihatan luar dan dalaman untuk wanita perihatin

Dikuasakan oleh Blogger.

Search This Blog

Pelvic Floor Repair (PFR)

Sumber artikel: Dr. Hamid Arshat
Berkenaan penulis:
Dato' Dr. Hamid Arshat antara pakar sakit puan Melayu yang terawal sekali muncul di persada perubatan Malaysia. Beliau merupakan sumber rujukan orang-ramai untuk masalah kesuburan. Doktor yang peramah bersama pesakitnya, bersifat sangat penyabar, tetapi berperibadian tegas dan berprinsip. Maklumat lanjut sila klik disini


Ramai wanita mengalami masalah kekenduran saluran faraj khususnya mereka yang pernah dan banyak kali melahirkan anak. Mereka yang mengalami sakit bersalin yang berpanjangan, sukar meneran waktu melahirkan bayi atau memerlukan forsep atau vakum untuk melahirkan menghadapi risiko lebih untuk menghadapi masalah kekenduran otot faraj berbanding dengan mereka yang mudah melahirkan.

Pembedahan untuk menguatkan otot lantai disekeliling faraj (pelvic floor) biasanya dilakukan jika berlaku ‘Prolapse’sujud dalam solat. Keadaan ini digelar dengan nama 'stress incontinence'. atau kekenduran pada dinding faraj. Jika berlaku kekenduran di dinding hadapan menyebabkan pundi kencing terjatuh ke bawah, keadaan begini digelar dengan nama 'cystocele' dan diantara gejala yang timbul mungkin wanita itu tidak dapat mengawal air kencing apabila ia bersin , terbatuk atau ketika mengangkat barang-barang yang berat atau ketika nak bangun dari
Untuk mengatasi masalah seperti ini, satu pembedahan kecil perlu dilakukan di mana dinding faraj hadapan diperbetulkan dan pundi kencing diperkuatkan melalui satu jenis jahitan.

Kadang-kala akibat daripada kehamilan yang berulang-kali atau kelahiran yang sukar serta memerlukan alat forceps atau vacuum, kekenduran pada otot belakang saluran faraj boleh berlaku, keadaan ini digelar 'rectocele' Kekenduran pada otot disekeliling saluran faraj boleh menyebabkan keadaan yang tidak selesa khususnya ketika persetubuhan. Masalah saperti ini boleh diperbetulkan melalui pembedahan 'pelvic floor repair' (P.F.R.), di mana kulit yang kendur dibuang dan jahitan untuk merapatkan otot lantai punggung dilakukan. Pembedahan ini akan memperbaiki dan memulihkan keadaan faraj untuk memberi keselesaan yang lebih waktu persetubuhan.

Sebenarnya pembedahan untuk membetulkan saluran faraj samaada bahagian hadapan atau belakang dilakukan beserta dengan pembedahan untuk membuang rahim akibat daripada 'prolapse' atau tombong. Pembedahan ini digelar dengan nama “vaginal hysterectomy”. Pada ketika melakukan pembedahan 'vaginal hysterectomy', pembetulan dinding hadapan dan belakang dilakukan serentak tetapi bagi mereka yang tidak ada prolapse, iaitu wanita yang lebih muda sedikit, PFR sahaja perlu dilakukan.
Labels: Kelainan Rahim Vagina Ovari

Thanks for reading Pelvic Floor Repair (PFR). Please share...!

0 Comment for "Pelvic Floor Repair (PFR)"

Catatan Yang Ditampilkan

Sitemap

Back To Top