
Apa itu Peyronie?
Istilah Peyronie mungkin masih asing untuk sesetengah orang, kerana memang Peyronie tidakk sepopular gangguan penis lainnya, seperti impotensi atau ejakulasi dini. Peyronie adalah terbentuknya jaringan (plak) pada penis, biasanya jaringan ini makin mengeras pada salah satu sisi, yang membuat penis melengkung bila ereksi. Beberapa lelaki berpenis bengkok mengalami kesulitan ketika berhubungan seksual.
Sehingga ini penyebab Peyronie belum diketahui secara pasti. Namun Peyronie bukan merupakan gangguan serius atau pun termasuk kategori penyakit seksual menular, meskipun ada yang menyebutkan gangguan tersebut dipengaruhi masalah genetik dan cara melayannya. Jangan terlalu cemas jika bentuk penisnya tidak terlalu bengkok.
Sesiapa sahaja boleh mengalami Peyronie, umumnya banyak dijumpai pada lelaki berusia 50 tahun meskipun tidak menolak kemungkinan terjadi pada usia 18 tahun. Bahkan sekitar 80 ribu lelaki di Britain mengalami masaalah ini.
Gejala-gejala peyronie
Tiga gejala penis bengkok (Peyronie):
- terdapat benjolan keras pada batang penis
- rasa sakit semasa ereksi
- penis bengkok bila ereksi
Jaringan mengeras menimbulkan rasa sakit, yang menyebabkan impotensi. Penis boleh bengkok ke arah kiri dan kanan, meskipun dari banyak kes yang terjadi penis lebih banyak membengkok ke atas. Jika Anda perhatikan penis membengkok dengan tiba-tiba dan cenderung makin berkembang dalam satu sampai tiga bulan. Gejala tersebut lebih sering terjadi dalam keadaan ereksi.
Apa yang harus anda dilakukan
Apabila anda merasakan sakit dan terdapat benjolan tidak normal di penis anda, segera kunjungi doktor anda, dan jika memang anda didiagnosis mengalami Peyronie, tanyakan rawatan bagaimana yang harus anda jalani.
Jika doktor Anda tidak dapat membantu, jangan ragu meminta untuk dirujuk kepada doktor pakar sakit tuan, ataupun mengunjungi klinik seksual. Terkadang gangguan ini boleh hilang dengan sendirinya meskipun memakan waktu dan tergantung kepada kemampuan tubuh penderita. Sebab, jaringan dalam tubuh selalu aktif beregenerasi, tubuh secara otomatik akan mengganti jaringan-jaringan yang rusak dengan jaringan yang baru.
Rawatan
Meskipun tak semua penderita gangguan penis bengkok (peyronie) perlukan rawatan, namun tidakk ada salahnya mengikuti anjuran berikut:
- Untuk tahap awal dan mencegah terbentuknya pengerasan jaringan, tablet Tamoxifen boleh mengatasinya. Tablet ini biasanya digunakan dalam rawatan kanser paydara, meskipun tak ada hubungan sama sekali diantara keduanya.
- Vitamin E yang terbukti efektif mengurangi rasa sakit dan kelainan penyakit.
- Verapamil, sering digunakan dalam rawatan darah tinggi, terbukti boleha mengurangi ukuran plak dan menurunkan rasa sakit dengan menyuntikkannya secara langsung ke plak.
- Terapi kejutan Extracorporeal atau ESWT (Extracorporeal Shock Wave Therapy), rawatan baru yang digunakan d ibeberapa hospital. Rawatan baru ini terbukti efektif, dan sehingga ini belum ada lapuran kesan sampingan dalam jangka panjang.
- Pembedahani hanya dilakukan jika anda memang telah menderita Peyronie dalam keadaan yang parah selama setahun atau lebih, atau bahkan tidak mengalami kemajuan dalam jangka waktu tiga bulan. Ada dua jenis prosedur pembedahan. Prosedur Nesbitt, prosedur ini dilakukan dengan menghilangkan jaringan yang menyebabkan bengkok dan memulihkan penis kembali normal (lurus). Prosedur lainnya dengan pencangkokan atau menggunakan bahagian urat darah dalam jaringan untuk memperluas area. Dalam beberapa kes implantasi penile prosthesis juga dianjurkan.
Trik berhubungan seks
Tak perlu cemas, penis bengkok tidak berarti tidak mampu memuaskan pasangan. Anda mampu mengatasiinya dengan mengubah gaya bercinta Anda. Posisi isteri berada diatas (WOT), memudahkan Anda mengatur kedalaman penetrasi atau mengawal gerakan selama bercinta.
Gaya spooning juga bisa Anda lakukan, caranya, minta pasangan berbaring menyamping dan membelakangi Anda, lakukan penetrasi dari arah belakang.
Akan sangat membantu sekali jika Anda sedia berkomunikasi dengan pasangan, sokongan dan pengertian pasangan akan membantu menekan kekhuaatiran dan kecemasan Anda ketika berhubungan seks.
Wanita yang gemuk, pusingan haidnya tidak teratur dan tumbuh rambut pada kaki, badan atau muka berwaspadalah mungkin anda mengalami masalah kilang ovary bengkak atau ‘polycystic ovary’.
Polycystic Ovary atau PCO adalah suatu keadaan di mana kilang telur atau ovari pada seseorang wanita menjadi bengkak oleh sebab benih-benih telah terperangkap dalam ovari dan tidak boleh menetas pada waktu subur. Maka apabila berlaku keadaan seperti ini lama-kelamaan ovari akan membengkak dan menimbulkan berbagai jenis masalah kesihatan pada wanita tersebut.
Kejadian penyakit ini kian meningkat di kalangan wanita-wanita Malaysia ke taraf yang membimbangkan kerana ia menjejaskan kesuburan dan keupayaan mereka untuk hamil dan melahirkan anak.
Apakah tanda-tanda penyakit Polycystic Ovary?
TIDAK SUBUR ATAU MANDUL.
Kebanyakan dari pesakit-pesakit PCO datang berjumpa doktor pakar sakit puan sebab sukar hendak hamil walaupun telah lama mencuba. Ada yang telah beberapa tahun berkahwin tetapi masih belum medapat zuriat. Ada yang berjaya mendapat anak pertama dan gagal untuk hamil lagi selepas itu. Mereka ini mudah meningkat berat badan mereka dan seringkali peningkatan ini berlaku secara mendadak.
I.Haid tidak teratur.
Tanda yang biasa ialah haid yang tidak teratur, biasanya lambat datang haid dan kadang-kadang jarak antara haid menjadi begitu jauh sekali sampai hingga 3 atau 6 bulan barulah datang haid yang berikutnya. Ada setengah wanita pula sampai setahun tidak datang haid.
II.Gemuk
Tanda lain ialah peningkatan berat badan menyebabkan wanita itu gemuk atau obese. Seringkali peningkatan berat badan ini berlaku secara mendadak selepas ia berkahwin dan pada ketika itu pusingan haid pun menjadi lebih tidak teratur dan kesuburan mereka sangat kurang ataupun langsung tidak subur kerana telur tidak dapat menetas.
III.Darah haid sikit atau/dan berpanjangan
Wanita pula mengalami selain daripada pusingan haid yang begitu panjang jangka waktunya, ialah perdarahan haid yang mungkin berlaku dengan sedikit sekali, tidak seperti biasa haid akan keluar dengan sederhana selama seminggu. Tetapi wanita yang mengidap penyakit polycystic ovary akan mengalami haid yang sangat sedikit hanya menitis selama 2 atau 3 hari. Ada juga di kalangan mereka yang mengalami pendarahan yang berpanjangan sampai 15 hari ataupun 30 hari tanpa henti.
IV.Tumbuh rambut.
Setengah wanita pula tanda-tanda lain ialah tumbuh rambut pada kaki, tumbuh misai dan janggut dan juga tumbuh rambut pada bahagian tangan dan ada kalanya di bahagian dada. Ini menandakan peningkatan dalam hormon lelaki dalam darah wanita tersebut. Iaitu satu keadaan yang sering berlaku dikalangan pengidap penyakit polycystic ovary.Apakah puncanya ?.
Sebenarnya punca bagi penyakit ini tidak diketahui. Mungkin satu keadaan semulajadi di mana terdapat kelainan atau gangguan pada enzyme yang mengawal pembentukan hormon. Oleh itu biasanya jika dikaji paras hormon dalam darah, kita dapati wanita tersebut terganggu dalam hormon kesuburan mereka iaitu tahap hormon follicle stimulating hormon FSH (normal), Luteinizing hormone LH – tinggi, hormon estrogen – tinggi, hormon progesterone – rendah, hormon progesterone – rendah, hormon testosterone (iaitu hormon lelaki) – meningkat tinggi. Adalah dipercayai bahawa peningkatan berat badan ada kaitan dengan peningkatan hormon testosterone dengan estrogen dalam darah wanita tersebut.
Mungkin ada ciri atau pengaruh kebakaan atau keturunan dalam penyakit ini. Walau demikian faktor pemakanan iaitu dari segi tabiat dan jenis makanan yang mengandungi banyak karbohidrat dan gula, perisa dan pengawet makan mungkin mempunyai peranan penting dalam kejadian penyakit PCO.
Faktor stress atau tekanan fizikal dan mental yang timbul dari suasana tegang dalam perkerjaan dan rumah, pergeseran dan konflik dikalangan keluarga atau saudara-mara dan dalam kenderaan ketika memandu mungkin juga ada memainkan peranan dalam kejadian penaykit ini.
Ciri ovari dalam ultrasound.
Jika doktor pakar sakitpuan membuat pemeriksaan ‘vaginal ultrasound’ ia akan mendapati kedua-dua belah ovari bengkak dan membesar sampai dua atau tiga kali ganda dari saiz biasa. Kelihatan ovari itu seolah-olah mengandungi bintik-bintik hitam iaitu apa yang digelar “honeycomb appearance”. Bintik-bintik hitam inilah sebenarnya telur atau benih wanita yang telah terperangkap. Sila lihat laman Timang dalam tajuk slide dimana ada gambar “polycystic ovary”.
Merawat polycystic ovari
i. Tujuan rawatan polycystic ovary ialah pertama untuk meningkatkan kesuburan kerana sebahagian besar daripada mereka berjumpa doktor dengan tujuan untuk mendapatkan anak dan kerana mereka mengalami ketidaksuburan ataupun kemandulan.
ii. Tujuan kedua ialah untuk membetulkan pusingan haid supaya jarak antara satu haid dengan yang lainnya lebih kerap ataupun normal iaitu 30 hari.
Cara cara untuk mengawal kegemukan (obesity)
Dalam merawat pesakit perkara yang terpenting sekali bagi pesakit berkenaan ialah ketabahan ,disiplin serta keazaman diri untuk mengurangkan berat badan. Kebanyakan daripada mereka mungkin melebihi 70 kg dan berat badan yang sebaiknya bagi wanita yang ukuran tinggi 5 kaki 2 inci ialah kurang daripada 60 kg.
Untuk mengurangkan berat badan memang memerlukan ketabahan, kegigihan dan disiplin yang kuat kerana sebenarnya orang orang yang obese atau gemuk mengalami masalah tabiat makan. Oleh itu ia memerlukan rawatan mental supaya ia lebih tabah dan disiplin lagi dalam mengawal pemakanan mereka. Di samping mengawal pemakanan yang mungkin berlebihan dalam kabohidret dan gula, ialah mereka perlu membuat riadah atau exercise yang sewajar.
Meningkatkan kesuburan wanita.
Dari segi merawat kesuburan terdapat banyak kaedah rawatan yang sering dicuba oleh pakar-pakar sakitpuan. Diantaranya ialah ubat-ubat seperti berikut.
Ubat subur Clomiphene
Biasanya ubat subur Clomiphene atau clomid akan diberikan dalam dos yang tinggi mungkin sampai ke tahap 250 mg atau lima biji sehari untuk selama 5 hari hingga 7 hari mulai daripada hari kedua atau ketiga dari hari mula keluar haid. Tujuan rawatan ini ialah untuk merangsang ovari yang polycystic ini untuk mengeluarkan telur.
Respons yang positif dengan adanya pengeluaran telur mungkin berlaku hanya di kalangan sebahagian pesakit sahaja, mungkin separuh daripada mereka tidak akan menunjukkan kesan positif dari segi pengeluaran telur.
Walau demikian setiap wanita yang menjalani rawatan kesuburan memerlukan pengawasan dan ujian yang teliti oleh pakar sakitpuan kerana jika terlalu banyak telur dikeluarkan pada satu masa dan ini boleh membahayakan kesihatan menyebabkan kandungan yang berganda-ganda.
Ubat kesuburan yang lain daripada Clomiphene ialah ubat suntikan hormon Gonadotrophin yang juga diberikan mulai hari kedua haid selama lima hari berturut-turut. Bahayanya ubat ini ialah rangsangan telur yang berlebihan menyebabkan terlalu banyak telur keluar dan ini boleh menjejaskan kesihatan dan menyebabkan kehamilan berganda.
Ubat Metformine
Sekarang ini ubat Metformine yang biasa digunakan untuk merawat kencing manis digunakan dalam jangka masa enam bulan berturut dan dos yang digunakan ialah antara 1 gm hingga 2.5 gm setiap hari sampai enam bulan. Mengikut kajian 60 peratus daripada wanita yang memakan ubat ini akan menetas telurnya dan sebahagian besar juga akan akhirnya mengandung.
Rawatan laparoscopy dan ovarian drilling
Ini adalah satu kaedah baru dimana pesakit “polycystic ovary” akan menjalani pembedahan kecil yang memerlukan bius am. Teropong laparoscopy untuk melihat ovari dan seterusnya laser drilling akan dilakukan dengan menggunakan elektrik cautery ataupun laser cautery. Kaedah rawatan ini juga menghasilkan kehamilan dalam lingkungan 50 hingga 60 peratus.
Polycystic Ovary (PCO) mengancam kesuburan wanita Malaysia
Pengarah Perubatan, Institut Jantung Negara (IJN), Datuk Seri Dr. Robaayah Zambahari berkata, kajian yang dijalankan oleh Bentuk Bangsa Malaysia (MySoN) menunjukkan mereka diancam pelbagai penyakit berbahaya.
Beliau berkata, penyakit berkenaan termasuk berkaitan kardiovaskular, ketegangan melampau dan faktor utama serangan sakit jantung.
Katanya, perbandingan dengan kajian yang dibuat pengkaji luar negara juga menunjukkan peratusan yang dicatat di negara ini lebih tinggi berbanding beberapa buah negara lain dan angka ini amat membimbangkan.
‘‘Peratusan di Singapura adalah sebanyak 41 hingga 54 peratus wanita dan 21 hingga 26 peratus lelaki mengalami obesiti abdomen.
‘‘Di Amerika Syarikat pula sebanyak 52 peratus wanita dan 36 lelaki mengalami masalah ini serta 42 peratus wanita dan 21 peratus lelaki mengalami masalah yang serupa di Korea Selatan,’’ katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.
Kajian secara rawak oleh MySoN dilakukan selama dua hari iaitu pada 22 dan 23 Jun tahun lalu melibatkan 1,893 responden berumur antara 18 hingga 80 tahun.
Kesemua responden datang ke klinik-klinik swasta dan kerajaan serta melibatkan 90 orang pengamal perubatan daripada seluruh negara.
Daripada jumlah itu 47.5 peratus responden adalah lelaki dan 52.5 peratus responden pula wanita.
Dari segi etnik pula sebanyak 50 peratus Melayu, 29 peratus Cina, 18 peratus India dan tiga peratus lain-lain etnik.
Di negara ini, ukur lilit pinggang mereka yang dikategori tidak mengalami obesiti ialah kurang 35.4 inci bagi lelaki dan 31.5 bagi wanita.
Dr. Robayaah berkata, kaum India berada di kedudukan paling tinggi buncit iaitu sebanyak 63.4 peratus, Melayu 53.5 peratus, Cina 50.8 peratus dan lain-lain kaum 45.2 peratus.
‘‘Selain mengambil ukur lilit pinggang kajian juga mengambil kira faktor lain seperti tinggi, berat dan data demografi melibatkan gender, umur dan pendidikan tertinggi yang diterima.
‘‘Berdasarkan perbezaan Kajian Kekerapan Kesihatan Nasional ke-2 yang menggunakan pengukuran BMI pada tahun 1996 dapat dilihat masalah ini meningkat sebanyak 124 peratus dalam masa 10 tahun apabila jumlahnya bertambah dari 24.1 peratus kepada 54 peratus pada tahun lepas,’’ jelasnya.
unknown November 22, 2007 Admin Bandung Indonesia62 PERATUS WANITA MALAYSIA ALAMI OBESITI ABDOMEN
PERKEMBANGAN ANAK DALAM KANDUNGAN
At Wanita Mingguan , the privacy of our visitors is of extreme importance to us. This privacy policy document outlines the types of personal information is received and collected by Wanita Mingguan and how it is used.
Log Files
Like many other Web sites, Wanita Mingguan makes use of log files. The information inside the log files includes internet protocol ( IP ) addresses, type of browser, Internet Service Provider ( ISP ), date/time stamp, referring/exit pages, and number of clicks to analyze trends, administer the site, track user’s movement around the site, and gather demographic information. IP addresses, and other such information are not linked to any information that is personally identifiable.
Cookies and Web Beacons
Wanita Mingguan does use cookies to store information about visitors preferences, record user-specific information on which pages the user access or visit, customize Web page content based on visitors browser type or other information that the visitor sends via their browser.
DoubleClick DART Cookie
.:: Google, as a third party vendor, uses cookies to serve ads on Wanita Mingguan .
.:: Google's use of the DART cookie enables it to serve ads to users based on their visit to Wanita Mingguan and other sites on the Internet.
.:: Users may opt out of the use of the DART cookie by visiting the Google ad and content network privacy policy at the following URL - http://www.google.com/privacy_ads.html
Some of our advertising partners may use cookies and web beacons on our site. Our advertising partners include ....
Google Adsense
These third-party ad servers or ad networks use technology to the advertisements and links that appear on Wanita Mingguan send directly to your browsers. They automatically receive your IP address when this occurs. Other technologies ( such as cookies, JavaScript, or Web Beacons ) may also be used by the third-party ad networks to measure the effectiveness of their advertisements and / or to personalize the advertising content that you see.
Wanita Mingguan has no access to or control over these cookies that are used by third-party advertisers.
You should consult the respective privacy policies of these third-party ad servers for more detailed information on their practices as well as for instructions about how to opt-out of certain practices. Wanita Mingguan 's privacy policy does not apply to, and we cannot control the activities of, such other advertisers or web sites.
If you wish to disable cookies, you may do so through your individual browser options. More detailed information about cookie management with specific web browsers can be found at the browsers' respective websites.
unknown April 02, 2007 Admin Bandung Indonesia