Salam Sejahtera... Kami adalah pengedar sah Jus Delima Bio Emas. Kami juga menguruskan pesanan online ke seluruh Malaysia menggunakan perkhidmatan courier dan juga pos laju. Bagi penghantaran di Semenanjung tidak ada kos dikenakan. Sabah/Sarawak ditambah RM9.00 bagi satu botol. Sila hubungi Hotline: 013-9040 627 atau facebook kami Klik DISINI Terima Kasih...datang lagi!!!

Menopause Atau Putus Haid

Putus haid atau menopause adalah waktu pertengahan umur seseorang wanita itu di mana dia berhenti mengeluarkan haidnya. Ia terjadi apabila ovari berhenti menghasilkan telur. Selalunya ia terjadi secara perlahan-lahan dalam suatu jangka waktu yang panjang. Namun begitu, ada juga kes dimana ia berlaku secara tiba-tiba dan cepat. Jangka waktu yang diambil untuk mengalami putus haid secara terus dipanggil perimenopause. Ia akan mempengaruhi hormon, tubuh badan dan perasaan. Satu lagi istilah yang diberi kepada jangka waktu yang diambil oleh seorang wanita semasa perubahan dari tahap kesuburan tinggi kepada ketidaksuburan ialah 'climateric'.

Semasa perimenopause, pengeluaran estrogen dari ovari semakin berkurangan dan perlahan. Ini menyebabkan paras hormon tidak stabil. Ketakstabilan paras hormon inilah yang menyebabkan beberapa perubahan tertentu dalam wanita yang putus haid. Masa selepas putus haid pula dipanggil postmenopause. Terdapat juga kes dimana terdapatnya 'artificial menopause' iaitu putus haid yang berlaku secara bukan semulajadi. Misalnya di dalam kes pembedahan pembuangan ovari yang rosak ataupun terpaksa dibuang oleh sebab terdapatnya ketumbuhan. Dalam kes seperti ini, putus haid berlaku dengan cepat dan tiba-tiba tanpa melalui proses perimenopause.

Mengapa Berlakunya Putus Haid?
Organ yang bertanggungjawab dalam menghasilkan hormon ialah hipotalamus, pituitari dan ovari. Hipotalamus dan pituitari terletak di dalam otak manusia manakala ovari terletak di kedua-dua belah uterus. Keseluruhan sistem ini pula dipanggil sistem endokrin. Hipotalamus akan menyambungkan otak kita dengan sistem endokrin dan akan mengawal kitaran haid dengan bertindak ke atas pituitari.

Kitaran haid selalunya mengambil masa purata 28 hari. Semasa 14 hari pertama dalam kitar, yang dikenali sebagai fasa folikel, (jika hari pertama diambil dari hari pertama pendarahan haid berlaku) hipotalamus akan menghantar isyarat kepada pituitari untuk merembeskan hormon perangsang folikel (FSH). FSH ini akan merangsang sel telur atau folikel di ovari untuk membesar. Semasa folikel membesar, ia akan menghasilkan estrogen yang akan menyebabkan lapisan pada dinding uterus menebal dan seterusnya bersedia untuk pelekatan telur.

Semasa setiap kitaran haid, satu folikel akan menjadi lebih dominan dan akan terus membesar dan sel telur yang lain akan mati. Semasa lebih kurang hari ke 14 kitaran, hipotalamus akan menghantar satu lagi isyarat ke pituitari untuk mengaruh pembebasan hormon luteinizing (LH). LH menyebabkan folikel yang dominan tadi dibebaskan dari ovari dan bergerak ke tiub Fallopian di mana ia akan menunggu untuk dipersenyawakan. Proses ini dikenali sebagai ovulasi.

Pada folikel tersebut, sel yang ada akan mengganda dan berhubungan di antara satu sama lain untuk membentuk korpus luteum (jasad kuning). Korpus luteum akan berterusan menghasilkan estrogen pada kuantiti yang sedikit di samping menghasilkan satu lagi jenis hormon dalam kuantiti yang banyak iaitu progesteron. Progesteron merangsang sel di dinding uterin untuk merembeskan nutrien yang akan menggalakkan pertumbuhan telur jika ianya dipersenyawakan. Jika telur tersebut tidak dipersenyawakan, korpus luteum akan menjadi semakin kecil dan berhenti merembeskan progesteron dan estrogen. Tanpa hormon-hormon ini, sel di dinding uterin akan mati dan bersama darah dan sedikit mukus, akan menghasilkan menstruasi.

Sebelum haid bermula, paras rendah estrogen dan progesteron akan memberi isyarat kepada hipotalamus untuk memulakan kitaran semula. Hipotalamus kemudiannya akan menghantar isyarat ke pituitari dan kitaran bermula sekali lagi.

Semasa kelahiran seorang bayi perempuan, ovarinya mempunyai lebih kurang 2 juta telur. Apabila dia mula untuk mempunyai haid, terdapat hanya kira-kira 75 ribu yang tinggal. Selepas akil baligh, 8-10 telur membesar setiap bulan. Selalunya salah satu daripadanya akan matang. Kira-kira 10 tahun sebelum menopause, ovari akan mula ketiadaan telur, kesuburan berkurang, penghasilan estrogen berkurangan dan kitaran haid menjadi tidak normal. Pituitari akan terus merembeskan FSH dan LH dengan harapan untuk mengaruh ovari, jadi paras FSH dan LH meningkat.

Apabila menopause semakin hampir, ovulasi berhenti, begitu juga penghasilan progesteron. Semasa sebelum menopause, estrogen akan dihasilkan seperti biasa dan oleh kerana ketiadaan progesteron, penebalan dinding tidak dapat dikawal. Oleh itu, apabila pendarahan berlaku, ia menjadi lebih banyak dan menyebabkan kesakitan. Apabila menopause berlaku, ovari akan berhenti menghasilkan estrogen.

Walaupun ovulasi telah berhenti, bahagian pusat ovari berterusan menghasilkan dua hormon iaitu androstenedione dan testosterone. Selain dari ovari, kelenjar adrenal yang terletak di atas ginjal, juga akan menghasilkan kedua-dua hormon tersebut termasuklah progesteron dan estrogen dalam kuantiti yang sedikit. Hati, ginjal, adrenal, otak dan sel lemak mengambil androstenedione di dalam peredaran dan menukarkannya kepada estrogen dan testosteron. Jika bekalan estrogen adalah sentiasa stabil, kelenjar adrenal dapat menolong mengurangkan perubahan-perubahan yang dialami semasa menopause.

Diet yang sihat dan senaman yang cukup juga akan membantu. Adalah penting untuk mengekalkan berat badan (15% sehingga 25% lemak) supaya terdapat lemak yang cukup untuk penukaran androstenedione kepada estrogen.

Bila Berlakunya Putus Haid?
Purata umur berlakunya menopause ialah 51.2 tahun. Ini bermakna setengah dari kesemua wanita akan mula berhenti mengeluarkan haid sebelum umur ini dan setengah lagi akan mula berhenti mengeluarkan haidnya selepas umur ini. Kira-kira 8% wanita akan mengalami putus haid sebelum umur 40 dan kebanyakannya akan mengalaminya pada umur 58 tahun.
Penyebab putus haid awal (kurang dari 40 tahun):
* pembedahan pembuangan ovari
* terapi radiasi ke atas ovari
* beguk
* pengurangan kromosom
* malnutrisi teruk
* penyakit autoimun
* merokok

Wanita juga boleh mengalami putus haid lewat, iaitu selepas umur 55 tahun. Jika ini berlaku, pastikan anda membuat ujian Pap Smear, pemeriksaan pelvik, mammogram dan pemeriksaan buah dada yang kerap. Doktor anda haruslah tahu yang anda masih mempunyai haid. Ini adalah kerana kadang-kadang, pendarahan abnormal dari vagina boleh berlaku.

Selain itu, wanita yang merokok menopause 2 tahun lebih awal berbanding wanita yang tidak merokok. Secara amnya, masa untuk wanita mencapai menopause berbeza dari seorang individu ke individu yang lain. Ianya tidak bergantung pada bangsa, kelas, mengandung atau tidak, menyusukan anak atau tidak, corak kesuburan, penggunaan pil perancang, ketinggian, umur semasa kedatangan haid pertama atau umur semasa mengandung kali terakhir.

Adakah Terdapat Sebarang Ujian Untuk Memastikan Putus Haid?
Simptom-simptom yang dialami tidak semestinya menandakan seseorang wanita itu telah mengalami putus haid. Salah satu cara untuk memastikan samada anda putus haid ialah dengan menyukat paras FSH. Ini kerana apabila ovari gagal menghasilkan estrogen, paras FSH meningkat akibat rangsangan pituitari untuk penghasilan estrogen. Jadi, paras FSH yang tinggi adalah suatu bukti yang menunjukkan bahawa anda telah putus haid. Doktor anda akan memberitahu samada anda mengalami perimenopausal atau menopause apabila melihat keputusan ujian ini.

Tanda dan Simptom Putus Haid
Apabila seorang wanita menghampiri putus haid, kitar haid akan menjadi tidak stabil di mana kadang-kadang ianya terjadi terlalu kerap atau terlalu jarang. Selain itu, terdapat simptom-simptom lain yang akan turut berlaku iaitu:
* Kesakitan sendi
* Susah untuk memfokus mengenai sesuatu perkara
* Sakit kepala
* 'Hot flushes'
* Tidak boleh tidur
* Perubahan mood
* Kekeringan bahagian vagina
* Peluh di waktu malam
* Simptom yang dikaitkan dengan simptom sebelum kedatangan haid
* Perpeluhan yang teruk
* Kencing yang kerap

Tidak semestinya semua wanita akan mengalami simptom-simptom ini dan setiap wanita adalah berbeza dari segi pengalaman mengalami putus haid. Tetapi kadang-kadang simptom-simptom ini begitu sukar untuk dijangka dan begitu mengganggu aktiviti harian wanita tersebut. Pengalaman seorang wanita yang mengalami menopause juga boleh dipengaruhi oleh perubahan persekitaran seperti:
* Anak-anak meninggalkan rumah
* Perubahan domestik, sosial dan perhubungan personel
* Perceraian atau kematian suami
* Perubahan identiti dan imej badan
* Persaraan
* Peningkatan kerisauan mengenai penuaan dan kematian
* Kehilangan kawan, orang yang disayangi dan keselamatan kewangan
* Peningkatan tanggungjawab kepada ibubapa yang telah berumur
* Risau mengenai keperluan untuk berdikari, ketidakupayaan atau kesunyian
* Mempunyai cucu yang perlu dijaga

Walauapapun penyebabnya, pengalaman-pengalaman seorang wanita sebelum dan selepas putus haid akan menjadi satu pengalaman yang pahit dalam hidupnya kerana kadang-kadang simptom-simptom yang hadir adalah agak serius. Tetapi, ada juga wanita yang langsung tidak pernah mengalami apa-apa simptom semasa dia putus haid.

Simptom-simptom yang berlaku untuk kes putus haid yang diakibatkan dari pembedahan adalah lebih cepat dan berlaku secara tiba-tiba. Ini kerana paras estrogen akan menurun dengan tiba-tiba dan cepat semasa putus haid yang diakibatkan dari pembedahan terutamanya simptom 'hot flushes' yang selalunya berlaku selama 30 saat sehingga 5 minit.

'Hot flushes' selalunya bermula dengan sensasi 'tingling' pada jari. Ini diikuti dengan peningkatan suhu yang cepat bermula dari darah ke muka dan jantung berdebar. 'Hot flushes' selalunya termasuk perpeluhan yang teruk sehingga boleh membasahkan katil di waktu malam.

Beberapa tips untuk mengurangkan 'hot flushes':
* Cuba bersenam lebih kerap, mandi menggunakan air sejuk, mengurangkan tekanan dari persekitaran.
* Mengurangkan pengambilan teh, alkohol dan makanan yang pedas.
* Pakai pakaian yang nipis dan senang dibuka.
* Menyimpan diari mengenai kejadian 'hot flushes' dan faktor penyebab.

Wanita yang mempunyai 'hot flushes' selalunya mempunyai berat badan yang lebih rendah daripada wanita yang tidak mengalami 'hot flushes'.

Kesan Jangkamasa Panjang Putus Haid
Selain kesan jangka masa pendek yang ditunjukkan oleh tanda-tanda dan simptom-simptom, terdapat juga kesan jangka masa panjang yang juga disebabkan oleh pengurangan penghasilan estrogen. Antara kesan-kesan yang dapat dijangkakan ialah:
* Penyakit jantung koronari.
* Osteoporosis.
* Masalah genitourinari terutamanya masalah dalam mengawal pembuangan air kecil.
Sebagai tambahan, terdapat banyak kesan minor yang melibatkan menopause iaitu perubahan kulit, buah dada dan rambut.

a) Penyakit Jantung Koronari.
Ini ialah suatu penyakit yang paling serius yang boleh didapati akibat menopause. Ianya adalah penyebab utama kematian wanita yang telah menopause jika dibandingkan dengan peratus penyebab kematiannya ke atas wanita yang belum menopause. Malah, ianya melebihi peratus kematian akibat penyakit kanser di kalangan wanita. Wanita yang berumur 50 tahun mempunyai 1 dalam 2 peluang untuk mengidap penyakit jantung koronari dalam hidupnya. Sekurang-kurangnya 1 dalam 3 wanita akan mati disebabkan oleh penyakit ini.

Penyakit jantung koronari terjadi apabila saluran darah yang membawa darah ke jantung menjadi sempit. Apabila kita tua, akan terdapat pemendapan kolesterol sedikit demi sedikit di dinding salur darah yang dipanggil plak. Plak inilah yang menyempitkan salur darah. Ini akan menyebabkan pengurangan aliran darah ke otot jantung. Jantung tidak dapat mengepam darah secara normal, dengan itu, ia terdedah kepada keadaan aritmia iaitu ketidaknormalan degupan jantung.

Apabila aliran darah ke jantung berkurang dan diikuti dengan tekanan (stress), wanita ini akan mengalami kesakitan di bahagian dada yang dipanggil sebagai angina pektoris. Kesakitan ini ditandai dengan rasa 'crushing' di bahagian dada yang akan merebak ke tangan kiri atau tengkuk. Episod angina pektoris yang berlanjutan akan menyebabkan otot jantung mati dan ini pula akan mengakibatkan terjadinya serangan jantung atau infarksi miokardial.

Apabila otot jantung berterusan menjadi lemah, jantung tidak akan berupaya untuk mengepam darah dengan efisien dan ini menyebabkan darah terkumpul di dalam paru-paru. Apabila ini berlaku, kegagalan jantung terjadi. Selalunya wanita tidak mengalami simptom klasik serangan jantung, oleh itu, mereka tidak menyedari kehadiran penyakit tersebut dalam diri mereka. Simptom yang biasanya ditunjukkan oleh wanita ialah loya, penat, atau rasa tidak sihat.

Apa yang menyebabkan wanita menopause berisiko mengidap penyakit jantung koronari? Estrogen dalam badan wanita mengurangkan peredaran lipoprotein berketumpatan rendah (LDL) atau kolesterol jahat dan meningkatkan lipoprotein berketumpatan tinggi (HDL) atau kolesterol baik. HDL berperanan mengeluarkan kolesterol daripada saluran darah, manakala LDL membawa kolesterol ke dalam peredaran darah.

Estrogen juga didapati mengurangkan kejadian pembekuan darah di dalam arteri. Selain itu, estrogen mengembangkan arteri koronari dan ini akan membenarkan banyak aliran darah ke jantung. Apabila wanita menghampiri menopause, berlaku penurunan paras estrogen dan ini bermakna kawalan keatas kejadian penyakit jantung semakin rendah.

Beberapa faktor risiko telah dikenalpasti menyumbang kepada kejadian penyakit jantung koronari dalam wanita iaitu:
* Merokok
* Tekanan darah tinggi
* Kencing manis
* Obesiti
* Oophorectemy (pembuangan ovari)
* Postmenopause dan tidak menggunakan HRT
* Sejarah keluarga mengidap serangan jantung sebelum umur 60 tahun
* Peningkatan kolesterol
* Peningkatan trigliserida
* Lanjut usia (71-80)
* Personaliti Jenis A

Pencegahan Penyakit Jantung
Beberapa langkah pencegahan boleh diambil untuk menurunkan kebarangkalian mendapat penyakit jantung iaitu :
* Berenti merokok
* Merawat tekanan darah tinggi (jika ada)
* Mengawal kencing manis
* Megekalkan berat badan ideal
* Merawat peningkatan paras kolesterol dan trigliserida menerusi diet, senaman dan ubat
* Menggunakan terapi penggantian hormon (HRT)

b) Osteoporosis
Osteoporosis atau tulang poros adalah satu masalah yang serius dalam menopause. Tulang biasanya akan dipecahkan dan diganti, tetapi dalam menopause, tulang yang dipecahkan adalah melebihi tulang yang dibina semula. Oleh itu, tulang mudah patah terutamanya tulang pinggul, pergelangan tangan dan tulang belakang.

Wanita dengan kepadatan tulang yang tinggi mempunyai risiko yang lebih rendah untuk mengidap osteoporosis berbanding wanita dengan kepadatan tulang yang rendah. Estrogen mengawal tulang daripada kehilangan kalsium. Seorang wanita boleh kehilangan 2-5 % kepadatan tulang dalam jangka masa 5 tahun semenjak bermulanya menopause. Osteoporosis tidak mempunyai simptom di awal penyakit. Cuma di peringkat akhir penyakit ia menyebabkan kesakitan tulang belakang dan abdomen. Jadi, ujian ketumpatan tulang dicadangkan :
* Selepas menopause atau sewaktu berlakunya ketiadaan haid
* Wanita yang banyak mengambil steroid
* Wanita yang mempunyai kelenjar paratiroid yang terlalu aktif
Kehilangan tulang bermula selepas umur 35. Ini adalah sebab mengapa pentingnya seorang wanita tidak kira umur supaya membina kepadatan tulang dengan melakukan senaman seperti berjalan, berlari, mengangkat benda berat (dengan cara yang betul) dan dengan pengambilan diet yang mengandungi banyak kalori dan vitamin D - sekurang-kurangnya 1000 mg kalsium
sebelum menopause dan 1500 mg selepas menopause. Rawatan estrogen boleh menolong mengurangkan berlakunya osteoporosis.
Risiko untuk berlaku osteoporosis adalah tinggi pada wanita:
* Asia atau yang berkulit putih.
* Mempunyai berat kurang dari purata ketinggian.
* Menopause awal (sebelum usia 40 tahun).
* Kurang pengambilan kalsium (<1500 mg/hari). * Kurang pengambilan vitamin D. * Mempunyai sejarah keluarga osteoporosis. * Mempunyai diet tinggi kafein, alkohol atau protein. * Mempunyai gangguan hormonal seperti kencing manis, hepatitis B dan penyakit Cushing. * Merokok. * Tidak selalu bersenam. * Mengambil ubat yang mengandungi tiroid atau kortison melebihi 6 bulan * Postmenopause dan tidak menggunakan HRT. c) Sistem genitourinari
Bagi wanita putus haid, vulva (bukaan bagi vagina) akan menjadi lebih nipis. Ia juga akan mengecut dan ini akan menyebabkan kesakitan sewaktu hubungan kelamin. Masalah Pundi Kencing Stress Urinari Incontinence (SUI ) merujuk kepada pengeluaran urin secara tidak sengaja apabila seseorang ketawa, batuk atau bersin. Keadaan ini berlaku kerana uretra semakin tertarik menjauhi tulang pubik. Kelahiran menerusi vagina, usia yang melebihi 60 tahun serta berdiri terlalu lama menjadi faktor risiko keadaan ini.

Senaman yang boleh diamalkan untuk mengelakkan keadaan ini ialah senaman Kegel. Senaman Kegel Dr. Arnold Kegel mencipta senaman ini dalam tahun 1950an. Ia membantu menguatkan otot yang berfungsi menghentikan aliran urin dan menghalang pergerakan usus. Ia juga adalah otot yang mengecut semasa 'orgasm'.
1.Kawal otot pelvik seperti sedang menahan air kencing dan kemudian kecutkan bukaan dubur
seperti sedang menahan membuang air besar.
2.Ketatkan otot semula, tahan selama 10 saat dan ulangi sebanyak sepuluh kali.
3.Ulangi 5-10 kali setiap hari.

d) Perubahan Kulit
Kadar ketebalan kulit akan menurun dengan kadar yang sama seperti ketumpatan tulang. 30% tisu penghubung akan hilang dalam 10 tahun pertama selepas bermulanya putus haid. Kulit akan senang lebam dan pigmentasi yang dipanggil 'liver spots' akan menjadi banyak. Jerawat juga akan muncul. Payu dara akan kehilangan tisu lemak serta kekenyalannya menghasilkan payu dara yang kecil dan jatuh. Kekedutan kulit juga akan menjadi lebih ketara dalam wanita putus haid.
Panduan meminimakan kekedutan.
* Gunakan pelindung kulit dan minimakan pendedahan langsung kepada matahari.
* HRT juga boleh membantu.
* Jangan minum arak dan merokok.
* Amalkan diet dan cara hidup yang sihat-minum air yang mencukupi, bersenam dan berehat dengan cukup.
* Vitamin seperti A,C dan E juga boleh di gunakan.
* Retin-A ialah sejenis ubat yang boleh digunakan untuk mengurangkan kedutan.
* Asid alpha hidroksi (AHA) seperti asid laktik dan asid glikolik digunakan sebagai pelembap untuk mengurangkan kedutan.
* Pengelupasan kimia, teknik laser dan pembedahan kosmetik juga boleh di gunakan. e)Perubahan rambut Kesan perubahan hormon akibat putus haid, beberapa perubahan akan berlaku kepada rambut termasuk :
* Penipisan rambut di kepala dan ari-ari.
* Hilang seri rambut Botak keseluruhan kepala tidak akan berlaku. Namun, kehilangan rambut yang berterusan memerlukan rujukan kepada pakar kulit. Hirsutisme adalah pertumbuhan rambut yang hitam dan tebal di atas bibir, di dagu, leher dan puting kesan kelebihan hormon androgenik. Sila rujuk doktor anda jika keadaan ini berlaku. Rawatan Tanpa Ubat Nutrisi yang baik dan senaman yang berterusan dapat meningkatkan kesihatan.

Beberapa panduan untuk menjaga pemakanan bagi wanita putus haid ialah:
* Minum air yang mencukupi Minum 6-8 gelas air sehari - ini akan mengaruh tindakbalas kimia
di dalam badan. Ia juga menolong penghasilan tenaga daripada karbohidrat, protein dan lemak
disamping meningkatkan pergerakan nutrien di dalam badan.

* Makan dengan kuantiti yang banyak makanan jenis ini Roti, nasi, makanan bergandum dan
pasta - ia mengandungi kanji yang membolehkan penghasilan tenaga dan protein untuk
pembinaan otot dan tisu badan. Ia juga membekalkan vitamin B1, zink dan besi. Selain itu, ia
juga mengandungi serat yang penting untuk usus yang sihat. Sayur-sayuran dan buah-buahan
- ia mengandungi kanji, sedikit gula, vitamin, mineral dan serat. Ia juga kaya dengan vitamin C
dan dan vitamin A. Serat yang ada dalam makanan jenis ini menolong mengurangkan paras
kolesterol darah.

* Makan dengan kuantiti sederhana makanan jenis ini. Daging, ikan, kacang, telur, susu, keju dan
susu masam - ia mengandungi protein yang digunakan untuk membina dan membaiki otot,
darah dan tisu badan yang lain. Terdapat juga vitamin di dalam makanan jenis ini iaitu
riboflvin, niasin dan tiamin dan vitamin B12. Zink dan besi boleh didapati di dalam daging
manakala kalsium boleh didapati di dalam susu, keju dan susu masam. Makanan ini juga
mengandungi lemak. Oleh itu, pilih susu, keju dan susu masam yang rendah lemak.

* Makan dengan kuantiti sedikit makanan jenis ini Mentega, margerin dan minyak -
mengandungi lemak yang tingi dan boleh meningkatkan paras kolesterol darah. Gula -
mengandungi karbohidrat yang menolong membekalkan tenaga tetapi tiada vitamin, serat atau
protein Garam - Dijumpai di dalam banyak makanan, jadi tidak perlu menambahkannya ke
dalam makanan yang diambil. Ini kerana pengambilannya secara berlebihan miningkatkan
pngumpulan cecair dan seterusnya meningkatkan tekanan darah. Kafein - adalah suatu agen
perangsang yang ditemui di dalam kopi, teh, cokelat dan minuman berkabonat. Ia boleh
menyebabkan ketidakselesaan, tekanan, peningkatan dan ketidakstabilan degupan jantung,
peningkatan tekanan darah, cirit-birit dan peningkatan kekerapan membuang air kecil jika
diambil di dalam dos yang tinggi. Selain itu, ia juga boleh meningkatkan frekuensi 'hot flushes' ,
ketulan di dalam payu dara, kesakitan payu dara dan kehilangan kalsium serta vitamin dan
mineral yang lain. Oleh itu, cuba kurangkan jumlah pengambilannya perlahan-lahan kerana ia
boleh menyebabkan simptom penarikan seperti sakit kepala dan ketidakselesaan jika
diberhentikan secara tiba-tiba.

* Nutrisi tambahan Evening Primrose Oil - bahan ini kaya dengan asid lemak tak tepu,
terutamanya asid linolik dan asid gamma linolik. Pengurangan asid gamma linolik boleh
mengganggu sindrom sebelum haid, keadaan sakit sendi, emosi serta keadaan kulit rambut,
kulit dan kuku.

Ia juga boleh membantu mengawal 'hot flushes', kekeringan vagina dan kegatalan kulit. Kepentingan senaman ialah untuk menjamin kesihatan tulang dan jantung, mengawal berat badan, membantu memperbaiki emosi serta mengurangkan risiko penyakit jantung, kegemukan, peningkatan tekanan darah, kencing manis dan osteoporosis. Wanita yang jarang bersenam biasanya akan mengalami sakit belakang yang teruk, tidak dapat tidur malam, kekejangan dan ketidakstabilan. Mereka juga akan mengalami peredaran darah yang lemah, otot yang lemah, sesak nafas dan pengurangan ketumpatan tulang. Kemurungan juga boleh berlaku.

Senaman akan meningkatkan paras HDL di dalam badan. Semasa bersenam, hormon andorfin akan dilepaskan oleh otak. Ia adalah hormon yang membuatkan seseorang itu berasa seronok. Antara senaman yang boleh dilakukan ialah bersukan, aerobik, gimnastik, berbasikal, berenang atau berjalan selama tidak kurang 30 minit 3 kali sehari. Yoga dan Tai Chi juga digalakkan.

Rawatan Dengan Ubat
Untuk menyelesaikan masalah penurunan paras estrogen, doktor telah mencadangkan penggunaan terapi penggantian hormon (HRT). HRT ialah pemberian hormon estrogen dan progesteron. Terapi penggantian estrogen (ERT) merujuk kepada pemberian estrogen sahaja. Hormon biasanya diberi dalam bentuk pil walaupun kadang-kala 'skin patch' dan krim vaginal digunakan. ERT digunakan untuk mengelakkan kesan penyakit jantung dan osteoporosis. HRT untuk putus haid adalah masih menjadi isu kontroversi. Keselamatan jangkamasa panjang dan keberkesanannya masih menjadi kebimbangan.

Data yang ada masih tidak cukup untuk doktor mencadangkan HRT sebagai terapi yang terbaik untuk semua wanita yang putus haid. Beberapa kajian masih dijalankan untuk mengkaji kebaikan HRT. Dalam tahun 1940an apabila estrogen mula-mula digunakan untuk wanita putus haid, ia diberikan sendirian dalam dos yang tinggi. Selepas 50 tahun dalam percubaan, estrogen diketahui dapat meransang pertumbuhan dinding dalam uterus (endometrium) yang gugur semasa haid.

Pertumbuhan dinding ini yang berterusan akan mengakibatkan kanser. Pada hari ini, doktor akan memberikan estrogen dengan dos yang rendah. Namun, sesetengah doktor masih memberikan estrogen sahaja kepada wanita yang mempunyai uterus. Penggunaan progesteron dalam bentuk sintetik yang dipanggil progestin bersama estrogen lebih mula digemari kerana ia mengurangkan kesan bahaya estrogen ke atas uterus.

Progestin mengurangkan risiko kanser dengan menyebabkan peluluhan bulanan endometrium. Ini menyebabkan wanita yang putus haid masih mengalami pendarahan bulanan. Oleh itu, ini adalah satu keburukan dari penggunaan progestin. Terdapat juga beberapa kesan sampingan lain progestin iaitu kesakitan payu dara, kekembungan, kesakitan abdomen, keresahan, ketidakselesaan dan kemurungan. Kajian terbaru sedang dilakukan untuk menilai penggunaan estrogen berdos rendah bersama progestin dalam berbagai-bagai jadual untuk mengelakkan pendarahan bulanan.

Apa yang sedang diambil oleh wanita sekarang ialah apa yang dipanggil HRT berkitar. Mereka boleh mengambil estrogen secara berterusan dan progestin untuk 12 hari pertama setiap bulan. Selain itu, penggunaan kombinasi dos di mana estrogen bersama progestin dos rendah yang diambil setiap hari juga sedang dalam kajian. Secara teorinya, penggunaan progestin menggalakkan pertumbuhan endometrium supaya pendarahan tidak berlaku. Malangnya, ia mengambil masa 6 bulan atau lebih untuk pendarahan berhenti secara terus. Dalam kebanyakkan kes, pendarahan bulanan telah digantikan dengan pendarahan yang tidak tetap.

* Estrogen dan Tulang anda.
HRT dan ERT adalah kaedah yang berkesan untuk menentang osteoporosis. Seperti yang telah dibincangkan, estrogen menghalang kehilangan tulang tetapi tidak dapat membantu membina semula tulang. Penggunaan jangkamasa panjang estrogen (lebih atau sama dengan 10 tahun) diperlukan untuk mengelakkan kehilangan tulang selepas putus haid. Mengapa estrogen membantu melindungi tulang rangka masih menjadi tandatanya. Diketahui estrogen membantu menyerap kalsium yang diperlukan untuk kekal kuat.

Ia juga membantu menyimpan kalsium di dalam tulang dengan menggalakkan sel lain menggunakan kalsium secara lebih efisien. Sebagai contoh, otot memerlukan kalsium untuk mengecut. Jika kalsium yang diperlukan tidak cukup dalam peredaran darah, kalsium akan dipinjam daripada tulang. Kalsium juga diperlukan untuk pembekuan darah, menghantar impuls saraf dan merembeskan pelbagai hormon. Peminjaman kalsium tulang dalam jangkamasa panjang akan mempercepatkan kehilangan tulang. Inilah sebabnya penting kalsium diambil dalam kuantiti yang cukup.

* Kesan Estrogen pada Jantung anda.
Kebanyakan kajian klinikal menunjukkan behawa wanita yang menggunakan estrogen dapat mengurangkan risiko mengidap dan mati akibat penyakit jantung. Kajian pada tahun 1991 menunjukkan bahawa selepas 15 tahun pengambilan terapi estrogen, risiko kematian akibat penyakit jantung koronari berkurang sebanyak 50% dan kematian keseluruhan berkurang sebanyak 40%. Kesan ini adalah hasil kemampuan estrogen oral dalam mengekalkan HDL dan LDL pada paras seperti sebelum putus haid. Kesan ini juga adalah berikutan kesan langsung estrogen ke atas salur darah.

* Risiko penggunaan Estrogen
Risiko merbahaya : - angin ahmar - penyakit jantung - kanser payu dara - kanser salur kencing - penyakit hati - penyakit pundi kencing - penyakit pankreas - pembekuan darah - pendarahan vaginal yang tidak didiagnos Risiko yang berkaitan : - merokok - darah tinggi - ketumbuhan payu dara - ketumbuhan salur kencing - jangkitan pankreas - inflamasi endometrium - sawan - migrain - sakit kepala

* Risiko dan kebaikan HRT
Risiko : - mungkin menyebabkan simptom seperti sebelum haid - mungkin meningkatkan risiko kanser payu dara - mungkin mempunyai kesan sampingan lain yang tidak diingini seperti pendarahan vaginal, pengumpulan cecair badan, loya, kehilangan rambut, sakit kepala, kegatalan, peningkatan pengeluaran cecair dari kemaluan dan perubahan kornea mata.

Kebaikan : - mengelakkan osteoporosis - menghalang 'hot flushes' - memperbaiki emosi, tenaga dan perasaan gembira - mengurangkan insomnia - mengurangkan risiko penyakit jantung - mengekalkan keinginan seksual - mengurangkan risiko kanser usus - meningkatkan tumpuan dan ingatan

Rawatan Lain
Kebanyakan wanita menggunakan rawatan sampingan seperti rawatan tradisional untuk masalah putus haid mereka. Sesetengah rawatan ini memberikan kebaikan namun ada juga yang merbahaya. Sekiranya anda ingin menggunakan cara rawatan tradisional, pastikan orang yang menawarkan rawatan ini adalah seorang yang bertauliah. Beberapa kaedah rawatan lain yang boleh digunakan ialah :

a ) Rawatan Herba
Teh herba atau ekstrak sediaan herba boleh digunakan untuk merawat simptom putus haid. Ia biasanya diberikan dengan mengambil kira nutrisi yang diambil. Sebagai contoh, pati rhizome daripada Black Cohosh iaitu sejenis pohon bunga kecil yang dijumpai di Amerika Utara dan didagangkan dengan nama produk Remifemin. Ianya boleh didapati di farmasi-farmasi berdekatan.
b ) Neuropati
Pakar neuropati percaya kepada kebolehan badan untuk sembuh dengan sendiri. Perhatian diberikan kepada diet dan penurunan tabiat buruk yang boleh mengurangkan keharmonian semulajadi badan. Kadang-kala nutrisi tambahan akan mereka cadangkan.
c ) Akupuntur
Prinsip asas akupuntur juga adalah berdasarkan keupayaan tubuh badan untuk sembuh dengan sendiri. Terdapat beberapa laluan tenaga di dalam tubuh badan yang juga diganggu dengan cara tertentu boleh mempengaruhi keseimbangan semulajadi badan. Pakar akupuntur menggunakan jarum untuk merawat proses terjadinya sesuatu penyakit.

d ) Homeopati
Ramuan homeopati turut mementingkan keharmonian tubuh badan. Ramuan diberikan untuk menghasilkan simptom yang hampir sama seperti yang sedang berlaku pada tubuh badan. Ini adalah untuk mempengaruhi tubuh badan supaya menyimpan keharmonian semulajadinya dan menghalang terjadinya sesuatu penyakit.

e ) Refleksologi
Pakar refleksologi percaya bahawa terdapat daya kehidupan yang mengalir menerusi sepuluh saluran di dalam badan bermula daripada ibu jari kaki. Tekanan yang dikenakan kepada kaki pada tempat-tempat yang berbeza akan meransang reflek yang mempengaruhi organ tertentu badan.

f ) Hipnoterapi
Pakar hipnoterapi membantu mengurangkan tekanan dan kemurungan, membantu mengurangkan kebergantungan kepada alkohol dan merokok serta membantu mengawal simptom fizikal yang tidak mempunyai penyebab.

g ) Urut Urutan adalah satu rehat yang terbaik untuk tubuh badan anda. Ia mengurangkan tekanan serta menghilangkan kesakitan. Urutan juga meransang peredaran darah.

 BERALIHLAH KEPADA V RAPAT

V Rapat dirumus daripada ekstrak 10 jenis herba yang dikhususkan untuk membantu beberapa permasaalahan yang sering dihadapi oleh wanita yang menghadapi situasi pre menopouse.

Herba tersebut ialah:
- Buah Delima
- Kacip Fatimah
- Manjakani
- Kurma
- Pueraria Lobata
- Goji
- Tomato
- Biji Anggur
- Kolagen
- Madu

Kandungan vitamin, zat-zat dan mineral yang terdapat dalam esktrak herba tersebut membantu memulihkan hormon yang diperlukan oleh wanita yang mengalami menopous.

Apabila hormon yang semakin berkurangan dapat digantikan, maka fungsi organ berkaitan akan aktif semula dan dengan itu dapat membantu melambatkan menopous.

Apa yang teramat penting ialah V Rapat dirumus daripada herba semulajadi tanpa bahan kimia atau bahan daripada haiwan samada haiwan yang halal atau tidak halal daripada hukum syarak.

Sebahagian daripada herba yang terdapat dalam V Rapat memang pun sering digunakan malah ada yang hampir setiap hari digunakan seperti buah tomato, buah kurma, biji anggur dan madu.

Hanya kerana kita tidak mengetahui khasiat dan kaedah menggunakannya maka kita semua tidak mengetahui kelebihan dan faedah herba berkenaan kepada diri kita.

Tomoto misalnya, hampir setiap masakan panas menggunakannya, begitu juga buah anggur, kita biasanya memakan isinya sahaja tetapi membuang bijinya; dimana sebenarnya biji anggur itulah yeng mengandungi unsur-unsur yang teramat penting untuk mencegah darah beku dalam saluran darah dan saraf kita.

Buah kurma dan madu adalah dua unsur penting yang berfungsi mengembalikan tenaga, menghapuskan bakteria yang tidak dikehendaki oleh badan, mengawal tekanan darah dan denyutan jantung.

Begitu juga dengan herba lain. Penemuan khasiat herba yang dirumuskan untuk V Rapat ini disahkan oleh doktor perubatan, Dr Abdul Razak bin Ibrahim MD.(UKM), MSc.(BioChem.) (USA).

Selain untuk kegunaan khusus wanita yang menghadapi gejala menopous V Rapat juga mempunyai kebaikan berikt:

Kebaikan V Rapat:
1.  Membantu merawat masaalah keputihan yang selalu dihadapi oleh kebanyakan wanita. Harus juga dinyatakan bahawa selepas mengambil V Rapat, ada sesetengah wanita mengalami tindakbalas dimana vaginanya terasa gatal-gatal untuk tempuh selama satu atau dua hari. Selepas itu rasa gatal tersebut akan reda dan terus berhenti dan keputihannya akan hilang.

2. Membantu mengatasi masaalah keguguran yang mana masaalah keguguran pada peringkat awal hamil disebabkan oleh dinding rahim yang lemah yang menyebabkan uri mudah tertanggal. V Rapat membantu menguatkan rahim dan dengan itu kandungan dapat kekal sehingga melahirkan.

3.Membantu mengatasi masaalah senggugut dimana V Rapat akan memulihkan hormon semasa kitaran haid.

4. Membantu mengawal sel-sel abnormal yang menyebabkan kanser serviks daripada merosakkan sel-sel normal.

5. Mengecutkan organ peranakan termasuk vagina kepada saiz yang asal, terutama bagi wanita yang pernah melahirkan. Apabila organ-organ peranakan termasuk vagina kembali kepada saiz dan kedudukan asal, ia membawa manafaat yang amat besar kepada kebahagiaan rumahtangga dan keharmonian hidup.

6. V Rapat juga membantu mencegah masaalah kencing kerap atau rasa tidak puas kencing pada wanita disebabkan pundi kencingnya tertekan oleh organ peranakan yang jatuh ke bawah, dimana V Rapat akan merawat organ tersebut untuk kembali ke kedudukan asalnya. 

Nota:

Sekiranya anda mempunyai apa-apa kemusykilan berkaitan khasiat V Rapat, boleh menghubungi Dr Razak seperti talian di bawah sekali.


PUSAT JUALAN AL WAHIDA:
NORHAFIZAH NORDIN
TEL: 013 9040 627
 / 013 9696 788

 ALAMAT:

PERNIAGAAN PIRZA BAKTI
19, LORONG 1, TAMAN MENTIGA JAYA,
26600 PEKAN, PAHANG DARUL MAKMUR.

HARGA JUALAN V RAPAT:
1 botol 250ml – RM50.00
Sdr/sdri boleh juga menghubungi

KEDAH/PERLIS 
MAIZA - TEL: 019 9870 051
NEGERI KELANTAN
Siti Filzah - Tel: 019-9525 043
Zie              - Tel: 019-9907 497
NEGERI TRENGGANU
KUALA TRENGGANU   -  LIZA     - Tel: 013-9083 781
KEMAMAN                      - ROS     Tel: 019-9151 411



KHIDMAT NASEHAT V RAPAT:
Dr. Abd. Razak Ibrahim MD.(UKM), MSc (BioChem.)(USA) Tel: 010-8816705
HARGA TERMASUK KOS PENGHANTARAN DI SEMENANJUNG


Stokis/Pengedar diperlukan bagi kawasan berikut:

Pahang:

Maran
Muadzam
Jerantut
Raub
Bentong
Kuala Lipis
Rompin

Trengganu:

Kuala Brang
Bukit Besi
Cheneh
Permaisuri
Setiu
Jerteh

Kelantan

Tanah Merah
Pasir Putih
Pasir Mas
Jeli
Gua Musang


Sila hubungi - En. Nordin - Tel: 013-9696 788.
Diskaun yang ditawarkan hingga 45% - amat berpatutan 



sumber: members.fortunecity.com

Filed Under:



2 comments

Trackback URL | Comments RSS Feed

  1. Tanpa Nama says:

    Greetings from Idaho! I'm bored to death at work so I decided to browse your website on my iphone during lunch break. I really like the knowledge you present here and can't wait to take
    a look when I get home. I'm surprised at how fast your blog loaded on my mobile .. I'm not even using WIFI, just 3G .
    . Anyhow, awesome blog!
    My page :: Como Conquistar A Una Amiga

     
  2. Tanpa Nama says:

    Bagus sungguh info ini. Tkasih

     

Leave a Reply

Artikel Paling Popular Minggu Ini