Penyakit Strok Atau Angin Ahmar

Sejak kebelakangan ini jumlah mangsa kepada penyakit stoke atau angin ahmar semakin meningkat.

Beberapa kategori kesan daripada strok boleh dideritai oleh pesakit. Ada yang menjadi lumpuh sebelah badan dari kepala hingga kekaki, ada yang berubah kedudukan organ muka, ada yang terganggu daya ingatan dan pelbagai lagi.

Ianya bergantung kepada bahagian mana otak tidak berfungsi akibat serangan strok.

Pada entri kali ini, penulis ingin berkongsi maklumat mengenai rawatan penyakit strok ini. Patut dijelaskan bahawa penulis menulis entri ini demi Allah bukan sama sekali berniat untuk mempromosi individu terbabit sebagai seorang bomoh atau pawang atau apa sahaja.

Niat ikhlas penulis ialah untuk emmaklumkan bahawa hamba Allah ini dikurniakan Allah kebolehan merawat pesakit strok bagi dimanafaatkan oleh pesakit dan keluarga pesakit bagi berikhtiar supaya sembuh.

Niat ini timbul di sanubari penulis kerana penulis amat maklum akan kesengsaraan pesakit bahkan keluarga yang berkorban segala-galanya untuk menjaga pesakit strok yang mana ada yang tidak mampu mengurus diri, terlantar dipembaringan......

Isnin 31 Mei 2011 penulis menerima panggilan talipun daripada rakan penulis memaklumkan ibuya diserang strok. Pada masa itu rakan penulis sedang dalam perjalanan menuju kerumah seorang yang dikhabarkan ada kebolehan merawat penyakit strok.

Penulis pun bertanya alamat rumah tersebut. Setelah mendapat alamatnya, penulis pun memandu kereta mencari alamat tersebut yang tidak berapa jauh daripada kediaman penulis.

Tidak berapa lama penulis pun menjumpai rumah tersebut.

Semasa penulis sampai, seorang lelaki berusia lengkungan lewat 50han atau awal 60han dipapah keluar oleh dua rakannya keluar daripada ruang rawatan. Pada bahagian perut lelaki tersebut tergantung bag plastik saluran perkumuhan.

Beberapa langkah dari pintu, dihadapan penulis, lelaki itu minta rakannya tidak memamapahnya kerana ingin cuba berjalan sendiri tetapi rakan-rakannya tidak melepaskan pegangan kerana khuatir beliau boleh jatuh.

Selesai lelaki itu masuk ke dalam kereta, penulis masuk ke ruang rawatan bertemu dengan ibu kepada rakan penulis. Pada masa yang sama lelaki yang merawat [penulis tidak mahu menyebutnya sebagai bomoh atau pawang atau apa sahaja gelaran biasa] itu sedang duduk di sofa.

Terkejut penulis bila melihat lelaki perwat itu rupanya selalu sangat penulis temui tetapi sedikit pun penulis tidak ketahui beliau ada kebolehan merawat pesakit strok atau angin ahmar.

Penulis memerhatikan ibu rakan penulis itu duduk berlunjur dan dalam keadaan santai. Tangan, kaki dan semua anggotanya sudah boleh digerakkan seperti tidak ada apa-apa yang berlaku keatasnya sebelum ini. Boleh bercakap seperti biasa. Rupanya beliau telah pun selesai mendapat rawatan sebelum lagi penulis tiba.

Rakan penulis memaklumkan bahawa ibunya telah kena serangan strok dua hari lepas dimana semua anggota badan menjadi kejang. Dia dikejarkan ke hospital dan selepas satu hari dalam wad, dibenarkan balik kerana keadaanya telah pulih.

Bagaimana pun serangan berulang lagi beberapa kali semasa berada di rumah. Melalui sepupunya yang telah pun mendapat rawatan dari perawat itu, beliau membawa ibunya untuk mendapat rawatan susulan.

Biarlah penulis sebutkan nama lelaki perawat itu. Namanya ialah Cikgu Yaakob. Setelah berbual dengan Cikgu Yaakob dan rakan penulis, juga dengan ibunya yang telah boleh bercakap dengan lancar, maka rakan penulis pun minta diri untuk balik.

Ibu rakan penulis itu berdiri dengan dibantu oleh anak-anaknya. Tetapi bila melangkah, dia tidak mahu lagi dipapah, sebaliknya ingin berjalan sendiri. Tercengang kami melihatnya! Amat jauh berbeza keadaannya semasa baru sampai tadi!!!

Syukur alhamdulillah.

Belum sempat sampai ke kereta yang jaraknya kira-kira 15 kaki, ibu rakan penulis minta hendak makan kerana sudah dua hari tidak menjamah makanan. Kebetulan anaknya ada membawa makanan lalu diambil dan di bawa kebangku yang ada di halaman rumah Cikgu Yaakob dan makanlah beliau seperti orang berkelah.

Selesai makan, cucunya secara berseloroh minta neneknya menggerakkan badan seperti orang menari. Dengan mudah seperti tidak pernah kena strok, beliau boleh menggerakkan liuk lintuk tangannya.

Selepas itu mereka pun balik.

Sedang penulis ingin masuk ke kereta, sampai sebuah kereta dipandu oleh seorang wanita yang telah pun berumur. Disebelahnya ialah suaminya. Suami wanita in juga diserang strok.

Penulis perhatikan masa turun dari kereta, bahagian badanya sebelah kiri tidak boleh bergerak dengan kuat. Mulutnya bergeratup macam orang menggigil kesejukan dan tidak boleh bercakap.

Penulis turut membantu memapah beliau kerana beliau tidak mampu melangkah bendul bilik rawatan itu yang ada dua mata anak tangga. Beliau dibaringkan di atas pembaringan dan penulis duduk disebelahnya untuk melihat kaedah rawatan yang akan dilakukan oleh Cikgu Yaakob.

Kaedahnya amat ringkas dengan sedikit urutan. Penulis tidak pula nampak Cikgu Yaakob membaca apa-apa. Tetapi tidaklah pula penulis ketahui jika beliau baca dalam hati.

Lebih kurang 10 minit di rawat oleh Chikgu Yaakob, lelaki itu sudah boleh bercakap. Getaran dagu dan mulutnya pun sudah hilang. Pada akhir rawatan beliau sudah mampu bangkit sendiri daripada pembaringan. Tangan dan kaki kirinya telah boleh bergerak seperti sediakala.

Setelah berbual sebentar, lelaki itu minta beredar kerana katanya hendak ke hospital untuk demolisis - cuci darah. Rupanya beliau juga pengidap sakit buah pinggang. Semasa berjalan menuju ke kereta, penulis mengekori sama kerana bimbang beliau jatuh. Tetapi nampaknya beliau berjalan berlenggang sahaja seolah-olah tidak pernah kena strok.

Pada masa yang sama tiba lagi sebuah kereta yang juga dipandu oleh seorang wanita. Disebelahnya seorang lelaki yang juga sudah pun berumur. Di tempat duduk belakang, tersandar lesu seorang perempuan yang juga sudah berumur. Mungkin mereka ini satu keluarga.

Si lelaki tadi terus masuk jumpa Cikgu Yaakob sementara si perempuan pemandu kereta itu turun dan membuka bonet belakang dan membawa keluar kerusi roda. Perempuan separuh umur, mungkin ibu kepada pemandu didokong oleh anaknya duduk diatas kerusi roda.

Bila sampai di muka pintu, penulis lihat anak perempuan itu tidak berupaya menanggung berat ibunya lalu penulis turut membantu beliau duduk diatas lantai.

Selepas perempuan itu duduk, penulis pun balik. Jadi pesakit yang ini penulis tidak tahu keadaannya selepas mendapat rawatan daripada Cikgu Yaakob.

Berbalik kepada perbualan penulis dengan Cikgu Yaakob tadi mengenai pesakit pertama yang terserempak dengan penulis semasa mula-mula tiba tadi, pesakit itu diserang strok beberapa bulan yang lalu. Keadaanya tidak mampu lagi bergerak. Hanya terlantar diatas katil hospital.

Selama dua bulan berada di hospital dan tidak merasai apa-apa perubahan, beliau minta untuk balik kerumah. Selepas berada di rumah, beliau mencuba pularawatan alternatif yang lain. Selama empat bulan mencuba rawatan pelbagai kaedah namun tidak juga merasai apa-apa perubahan. Beliau tetap tidak mampu bergerak dan terlantar. Semua urusan diri dibantu oleh ahli keluarga.

Daripada apa yang di ceritakan, beliau seolah-olah sudah reda dan enggan berubat lagi sehinggalah seorang rakannya datang dan mencadangkan beliau mencuba rawatan dengan Cikgu Yaakob pula. Dia tidak ambil kisah saranan rakannya itu. Sebaliknya rakan itu berkeras mahu membawa berjumpa Cikgu Yaakob dan akhirnya beliau mengikut sahaja.

Itulah, seperti yang penulis saksikan sendiri semasa dia keluar dari bilik rawatan, lelaki itu mampu berdiri dan melangkah sendiri walau pun dipapah oleh dua orang rakannya menuju ke kereta bahkan minta dia dibenarkan berjalan sendirian, sedangkan semasa sampai tadi terpaksa dipondong dari kereta ke bilik rawatan.

Daripada tiga orang pesakit yang menerima rawatan yang penulis saksikan dengan mata kepala sendiri keputusannya itulah yang mendorong penulis membuat entri ini kerana penulis tahu sangat ramai yang terlantar akibat strok atau angin ahmar yang perlukan rawatan yang berkesan.

Mengenai bayaran rawatan, penulis sendiri tidak tahu berapa dan tidak mahu tanya samada kepada rakan penulis atau Cikgu Yaaob sendiri.

Kepada yang berhajat untuk mendapatkan rawatan, alamat tepat rumah Cikgu Yaakob penulis belum dapat. Begitu juga dengan nombor talipon, walau pun isteri kepada Cikgu Yaakob hendak bagi tetapi penulis terlupa kerana sibuk membantu pesakit yang baru tiba tadi.

Bagaimana pun tidaklah begitu sukar mencarinya. Rumah Cikgu Yaakob terletak di Taman Peramu Jaya 1, Peramu jaya, Pekan, Pahang.

Untuk menuju ke rumahnya jika dari Kuantan ialah selepas komplek kilang kereta, terdapat stesen petrol BP. Sebelah BP itu iaitu sebelumnya terdapat Pejabat Majlis Ugama Islam Negeri Pahang - rumah kedai dua tingkat. Di belakangnya taman perumahan. Sila masuk jalan ke Pejabat Majlis Ugama Islam dan terus memandu belok ke kiri dan terus memandu ikut jalan lurus kira-lira 200 meter, sebelah kiri terdapat satu rumah yang pagarnya warna merah. Di hadapan rumah itu ada sepohon kelapa ditepi pagar (konkrit). Juga ada sebuah bangunan kecil seperti sebuah pondok jaga. Dihadapan rumah, sebelah kanan jalan, pada masa ini ialah lot yang ditumbuhi hutan. Rumah ini diatas lot persendirian, bukan lot perumahan.

Jika datang dari selatan atau dari bandar Pekan, kena lalui jambatan Sungai Pahang, rumah Perdana Menteri dan Balai Polis Daerah Pekan. Selepas Balai Polis ada lampu isyarat, ambil sebelah kanan. Belok ke kanan. Harus diingatkan, semasa belok ke kanan, ada satu lagi jalan yang membelok ke kakan lagi yang akan nampak kawasan perumahan. Jangan ikut jalan ini.

Apabila membelok ke kanan daripada lampu isyarat, terus sahaja memandu di lorang yang lurus, yang di kiri kananya ada pokok-pokok acasia. Terus melalui redupan pokok di kiri kana jalan ini kira-kira 200 meter, terdapat simpang. Di hadapan simpang ini ialah Taman Perumahan Azaliza Redang.

Masuk Simpang kiri dan terus memadu melepasi satu lagi taman. Disebalah kiri ialah hutan. Kira-kira 300 meter daripada Taman Azaliza tadi ada sebuah rumah seperti yang sipericikan diatas. Itulah rumah Cikgu Yaakob.

Jika terlajak ke hadapan akan bertemu pula pejabat Majlis Ugama islam Negeri Pahang.

Jika tidak bertemu juga, bolehlah bertanya penduduk perumahan berdekatan sebutkan nama Cikgu Aziz, dipercayai kebanyakannya kenal beliau.

Sekiranya perlu bantuan penulis boleh email kepada: pmantau@yahoo.co.my

Filed Under:

Catatan Popular