Air Tebu mampu meredakan kerengsaan sendi akibat demam Cikugunya
Salong Jr.
|
15/09/09
|
Sepertimana dimaklumkan oleh doktor bahawa
salah satu kesan daripada mengidap demam cikugunya ialah pesakit akan mengalami kesakitan dibahagian sendi untuk jangka masa yang berbulan-bulan lamanya.Daripada maklumat yang saya perolehi daripada bekas pesakit cikugunya ini, memang benar apa yang dinyatakan oleh doktor. Bagaimana pun tempat atau bahagian sendi yang mengalami kesan kesakitan selepas sembuh daripada demam adalah tidak sama antara satu orang dengan orang yang lain.
Ada yang mengalami kesakitan dibahagian sendi jari kaki, ada yang sakit bahagian sendi buku lali, lengan, bahu atau jari tangan.
Saya sendiri mengidap demam ini pada pertengahan Januari 2009 yang lalu. Selepas sembuh daripada demam, saya mengalami kesakitan sendi bahu di kedua-dua belah kiri dan kanan. Apabila tangan di halakan kebahagian belakang untuk menggaru belakang misalnya sudah tidak mampu kerana merasa sakit yang bersangatan. Bagaimana pun semasa melakukan kerja-kerja biasa, tidak menghadapi masaalah.
Bagi mengurangkan kesakitan ini saya mengambil ubat penahan sakit tetapi ia hanya mampu bertahan untuk tempuh selama lima hingga enam jam sahaja. Selepas itu kesakitan sendi bahu akan terasa semula.
Sebelum mengidap demam ini, sorang kenalan berbangsa Cina pernah memberitahu saya bahawa dengan meminum air tebu, pesakit demam denggi boleh pulih dengan cepat. Dalam bulan puasa ini air tebu mudah diperolehi. Jadi saya cuba meminum air tebu selepas berbuka puasa.
Saya meminum satu gelas lebih kurang setengah liter. Selepas setengah jam, saya cuba menghala kedua-dua tangan saya kebelakang. Saya dapat memegang tangan kiri dan kanan dengan kuat dan menaikkan ke atas hingga ke paras tulang belikat. Wah!!! sebelum ini saya akan terjerit-jerit kesakitan. Tetapi kali ini sudah boleh sungguh pun masih ada sedikit kesan sengal-sengal tetapi tidak sampai mengganggu.
Saya terus meminum air tebu dan setelah sepuluh hari, saya rasa sudah pulih sepenuhnya.
Terima kasih kepada kenalan saya dan juga air tebu!!!
Filed Under: Chikugunya




